Pages

Wednesday, June 08, 2011

Cerekarama 'Ana Maria'

Ni cite lama yang ditayangkan melalui slot cerekarama kat tv3 .. bila tah ditayangkan .. hehe .. aku terlepas tonton le .. semalam jumpacite nih kat Youtube .. hehe .. tengok sampai habis le .. best .. ada lawak .. sukee tengok Ery Putra bawak watak lelaki ala-ala cool manja .. haha .. jom layan cerekarama Ana Maria ..

Sinopsis oleh : aznanie

Ana Maria mengisahkan kisah sepasang suami isteri yang baru balik dari menuntut di luar negara. Pasangan Shahril (Fahrin Ahmad) dan Ana Suraya (Elly Mazlein) berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan ibu Sahril (Aida Khalida). Alasan Shahril tidak memberitahu ibunya kerana dia takut ibunya mengamuk apabila diberitahu akan hal itu. Dia beranggapan ibunya garang dan ibunya tidak mahu anak-anaknya berkahwin dengan pilihan sendiri. Jadi Shahril mengambil keputusan untuk merahsiakan perkahwinannya.

Setelah mendapat kerja di sebuah Hospital, Shahril memberitahu ibunya mahu berpindah duduk sendiri. Dengan alasan dia harus sentiasa berada di hospital. Jadi perlukan tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Pada mulanya, ibunya tidak memberi keizinan, namun setelah dipujuk, akhirnya ibunya bersetuju dengan syarat selalu pulang menjenguk ibunya.

Ana Suraya berasa marah kepada Shahril. Berapa lama lagik masa yang diperlukan untuk diperkenalkan dirinya kepada ibu Shahril. Shahril hanya menyuruh Ana Suraya bersabar kerana masanya belum sesuai untuk memberitahu hal itu kepada ibunya.

Ibu Shahril ingin menjodohkan Shahril dengan Nadirah (Rebecca Nur Islam). Shahril menolak dengan alasan dia tidak cintakan Nadirah. Apabila adiknya, Zakuan (EryPutra) bersetuju untuk mengahwini tunangannya setelah 5 tahun menjalinkan pertunangan, ibu Shahril lebih mendesak Shahril agar menerima Nadirah.

Suatu hari, ibu Shahril pergi ke rumah Shahril. Dia ingin memberi kejutan kepada Shahril. Apabila berjumpa dengan alamat yang diberikan kawan Shahril kepadanya, dia memberi salam. Alangkah terkejutnya Ibu Shahril bila mendapati seorang perempuan cantik membuka pintu. Sangkanya dia tersalah rumah, tetapi bila terpandangkan Shahril ada di rumah itu, dia terkejut. Shahril membohonginya dengan mengatakan yang perempuan itu adalah pembantu rumahnya bernama Maria.

Ibunya mengajak Shahril pindah duduk dengannya semula, tetapi Shahril tidak mahu. Ibunya memberitahu kalau Shahril tidak mahu pindah ke rumahnya, dia yang akan pindah ke rumah Shahril. Akhirnya, Shahril setuju berpindah ke rumah ibunya dengan syarat Maria pun ikut sama pindah ke rumah ibunya. Alasan yang diberikannya dia tidak sampai hati memberhentikan Maria.

Maria di tugaskan sebagai pembantu Mak Ton. Mak Ton mengambil kesempatan membuli Maria. Bermacam-macam kerja di suruh Maria lakukan. Maria hanya menurut sahaja walaupun badannya penat dan tidak biasa melakukan kerja-kerja sebegitu.

Ibu Shahril menjemput Nadirah bertandang ke rumahnya. Dia mengarahkan Mak Ton menyediakan makanan untuk Nadirah. Makanan untuk Nadirah perlu diasingkan kerana Nadirah tidak makan pedas dan makanan yang masin. Mendengarkan itu Ana yang menyamar menjadi Maria, berasa marah kerana perempuan itu berniat untuk merampas suaminya. Dia menambahkan garam dan serbuk cili pada makanan Nadirah. Apabila Nadirah makan makanan itu dia terus marah dan merajuk. Tidak jadi bermalam di rumah ibu Shahril.

Ibu Shahril memarahi Mak Ton dan Maria, tetapi sebenarnya, Mak Ton jugak tidak sukakan Nadirah. Perangai Nadirah yang suka mengarah-arah itu membuatkan dirinya menyampah dengan perempuan itu.

Shahril selalu meyelinap masuk ke bilik isterinya apabila semua orang sudah tidur. Perbuatannya itu disyaki oleh adiknya Zakuan. Dia mensyaki yang Maria itu bukan pembantu rumah seperti yang diberitahu oleh abangnya, Shahril. Dia percaya mesti ada hubungan di antara mereka berdua. Tetapi dia hanya mendiamkan dirinya sahaja.

Suatu hari, kawan ibu Shahril datang bertandang ke rumahnya. Dia mengenali Maria kerana dia pernah mendapatkan rawatan di hospital tempat Ana berkerja dulu. Dengan muka yang kelat, ibu Shahril menidakkan perkara itu.

Ibu Shahril berasa seperti ada yang tak kena. Dia memanggil Zakuan untuk menyiasat perkara itu. Akhirnya terbongkar jugak rahsia yang selama ini disorok oleh Shahril. Ibunya berasa marah dan tidak percaya yang Shahril sanggup menipunya. Dia mahu Shahril membuat pilihan samaada mahu terus bersama isterinya atau meninggalkan rumah itu selamanya. Tetapi setelah dipujuk oleh Zakuan dan Hanim. Akhirnya mereka sepakat untuk menerima Ana Suraya dalam keluarga mereka.

Untuk membuatkan Shahril mengaku yang dirinya sudah berkahwin bukannya mudah. Ibu Shahril berpakat dengan Zakuan untuk membongkar rahsia Shahril itu. Pada malam itu, ibu Shahril menyuruh Maria tidur di bilik Hanim. Dengan alasan Hanim asik mengigau di tengah malam dan takut tidur sendirian. Shahril tidak puas hati dengan tindakan ibunya tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Keesokan harinya, ibu Shahril sengaja menyuruh Shahril mengikutnya ke rumah Nadirah dengan alasan keluarga Nadirah menjemput mereka makan di rumahnya. Semasa ketiadaan mereka, Zakuan berlagak seperti orang mabuk, cuba memperkosa Maria. Dia mengejar Maria hingga ke dalam bilik. Bila Maria mengunci pintu, dia berpura-pura memanggil-manggil nama Maria. Dia menunggu Shahril pulang ke rumah barulah dia membuka pintu bilik Maria dengan kunci pendua. Bila Shahril sampai ke bilik Maria, dilihatnya Zakuan sedang menindih badan Maria. Dia terus memarahi Zakuan dan menumbuk Zakuan. Ketika itulah, ibunya sampai ke rumah dan melihat apa yang telah terjadi.

Ibunya berpura-pura memarahi Zakuan dan menyuruh Zakuan bertanggungjawab di atas perbuatannya terhadap Maria. Dia menyuruh Zakuan mengahwini Maria dan Zakuan menyetujuinya. Hanim pula mencadangkan agar mereka bernikah pada malam itu jugak. Shahril yang kalut dengan keputusan ibunya itu memberitahu yang Maria itu sebenarnya adalah isterinya Ana Suraya. Ibunya memberitahu bahawa mereka semua sudah mengetahui akan hal itu, sebab itu mereka berpakat mengenakan Shahril.

Ibunya memberitahu bahawa walaupun ibunya tidak mahu anak-anaknya mengahwini perempuan pilihan mereka sendiri tetapi dirinya tidak menolak sekiranya pilihan anaknya itu merupakan seorang perempuan yang baik dan lembut seperti Ana Suraya.

* Best jugak cerita nih .. lawak betul ... walaupun semua pelakon dalam cite ini bukan pelakon komedi .. tapi mimik muka dan dialog dia orang tu .. wat kejang jugak perut gelak .. hehe .. Rebecca tu wat suara manja .. mengada-ngada .. cam real jek .. hehe ..memang best ler .. tak caya .. tengok le sendiri .. hehe ...

Cerekarama Ana Maria babak terakhir ... hehe .. part paling best ler ...

No comments:

Post a Comment