Pages

Saturday, April 02, 2011

Sinopsis Novel 'Senafas Rindu'

" Meskipun berjauhan aku sentiasa dapat merasai getaran gemuruh di hatimu "

Sinopsis oleh : Aznanie

Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.

Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Vivianna adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.

Namun itu bukan halangan, sudah tersurat jodoh mereka ada. Walaupun pada mulanya Vivianna menerima Fariz bukan atas dasar cinta. Mereka disatukan tanpa ada apa-apa acara. Niat Fariz hanya satu untuk menyelamatkan Vivianna daripada terus di aniaya oleh Puan Cindy yang mahukan Vivianna mengahwini Kelvin.

Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran insan bernama Siti Nur Ain, itulah isterinya. Isteri yang dinikahi tanpa balasan cinta untuknya. Fariz pasti, sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.

Perpisahan terjadi jua, bila Siti Nur Ain pergi tanpa berita. Fariz mamar dalam dunianya. Setelah diserahkan cinta untuk Siti Nur Ain dirinya ditinggalkan lagi. Puas dijejaki namun tidak berhasil.

Akhirnya, Siti Nur Ain ditemui dalam keadaan yang tidak di duga. Wanita yang dulunya lincah bergerak kini terkaku di kerusi roda. Bagaikan tak percaya. Namun di kuatkan semangat bahawa itulah cinta hatinya. Siti Nur Ain harus diyakini bahawa dirinya amat memerlukan wanita itu sebagai pelengkap dirinya. Akhirnya, bahagia milik nya jua. Siti Nur Ain pasrah menerima Fariz kembali dalam hidupnya. Sesungguhnya ada senafas rindu yang mengalir dalam hatinya untuk lelaki bernama Fariz.

*Best gak novel ni .. kesian kat Viviana tu .. asyik kena ikut cakap Puan Cindy jek .. suruh kawin dengan Kelvin .. kelvin tu dah la jahat .. tak sesuai .. yang si Fariz ni nampak cam loving tapi tak mampu nak pertahankan wife dia dari kena macam-macam maki hamun family dia .. sian Vivianna.

No comments:

Post a Comment