Sinopsis oleh : aznanie
"Biarpun jauh dipisah waktu suara hatimu membisik bagai kau ada di sisi "
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya,berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun Haris hanya pandai berjanji. Janji tinggal janji. Bila kebenaran terungkai, tinggal lah Arianni terkapai-kapai sendiri. Di humban dengan pelbagai tohmahan, seranah dan maki hamun dari keluarganya sendiri. Seolah-olah hanya dia yang bersalah. Tapi salahkan jika dirinya jatuh cinta? Jatuh cinta pada lelaki yang tidak sepatutnya. Arianni buntu memikir nasib diri.
Kata orang cinta pertama itu indah, tapi tidak buat Arianni. Cinta pertamanya cukup pahit untuk di kenang. Kerana cinta pertamanya ini lah yang mendorong dia melarikan diri dari bumi kelahirannya ini. Kerana cinta pertamanya ini jugak lah hubungan kekeluargaan nya berantakan. Dan cinta pertama itu hilang bagai angin di puput bayu.
Kini Arianni kembali, setelah 3 tahun merantau membawa lara hati. Dia kembali untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Meskipun dirinya dibenci namun kerana kerinduan terhadap mak dan abah, Arianni memberanikan diri. Mungkin inilah peluang baginya untuk menerangkan keadaan yang sebenarnya.
Di saat diri di landa kesepian, muncul Idris membawa harapan. Namun kasih tak tergapai olehnya. Idris seakan bermain tarik tali dengannya. Untuk memulakan langkah Arianni malu. Tak nak di sangka terhegeh-hegeh. Sedang diri di landa delima, Haris muncul menagih janji. Janji yang sudah sekian lama terkubur. Arianni muak. Arianni jelak dengan semua ini. Segalanya harus bernokhtah.
Tanpa sedarnya, dia menyerahkan soal jodohnya pada mak dan ayahnya. Rela menerima siapa pun yang menjadi pilihan mereka. Dia pasrah.
Kalau dah jodoh tak ke mana. Begitu lah takdir Arianni. Rupanya dalam diam keluarganya sepakat memilih Idris untuk Arianni. Inilah kegembiraan yang diingini Arianni. Mereka bersama akhirnya setelah sekian lama memendam rasa. Bahagia milik mereka jua akhirnya.
Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
*Penulis novel ni adalah salah seorang penulis novel kegemaran aku... aku ada banyak koleksi novel Aisya Sofea ni ... novel ni terbit tahun 2008 ... tapi baru sekarang aku sempat buat sinopsisnya .. maklum ler kan sibuk dengan rutin seharian aku yang bergelar suri rumah ni .. yer ler masa tu anak aku, Aisy masih kecik .. mana ler sempat nak menaip ni .. hehe .. berbalik pada novel ni ... pada aku novel ni best .. ada suka .. ada ceday .. ada geram .. semua ada .. hehe .. sian sangat dengan nasib si Arianni tu .. geram ngan Idris tu ... kata sayang tapi sayang yang macam mana .. sebab muka Arianni seiras cam wajah arwah isteri dia dulu ke yang membuatkan dia mendekati Arianni ... tak berapa nak jelas semua tu ... yang si Arianni ni pun cepat mengelabah dan suka buat andaian sendiri tanpa merujuk pada Idris .. tu yang jadi masalah .. hehe .. aku pulak yang emo .... haha
Assalamualaikum dan maaf mengganggu. Boleh saya tahu novel Selagi Ada Dia ni ada berapa bab semuanya ya? Thank you in advance ;)
ReplyDelete