Busssyyy sangat hari ni .. nak siapkan gift untuk kendarat blok yang datang rewang kat umah abah masa majlis perkahwinan adik aku nanti. Kendarat tu maksudnya orang yang membantu ketika kenduri. Rewang tu pulak maksudnya gotong royong dalam sesuatu kenduri. Jadi, gift yang aku wat ni special untuk kendarat blok aku yang datang rewang sahaja ... huhu .. yang datang tengok dan makan ... hanya dapat paperbag sahaja ... huhu .. jangan mare ...
Gift ni mak ngan abah nak bagi pada kendarat blok sebagai tanda penghargaan di atas usaha mereka membantu menjayakan majlis ni ... bukan nak menunjuk ke apa .. sekadar pemberian ikhlas untuk menghargai kesudian dan penat lelah mereka. Kalau nak di hitung dengan wang ringgit pun tak terhitung rasanya ... sebab amalan mulia ni akan dikenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga kepada jiran-jiran seblok aku semua. Nanti bulan 10 kita rewang lagik ya ... hehe ...
Ini ler dia gift yang aku sediakan untuk kendarat blok wanita. Gift berbentuk hamper. Di dalamnyer mengandungi sepasang kain ela, sebijik jug air (terlindung dengan jajan beso), air kotak laici, jajan perasa durian, jajan kacang hijau, jajan mamee, biskut tiger dan biskut bangkit. Tidak di lupakan paperbag sekali. Juga bungkusan nasi ayam untuk makan malam setelah seharian berpenat lelah di rumah abah aku. Lepas majlis ni, kita rewang bubur sum sum pulak yer. Bagi menghilangkan lesu dan lemah sendi yer ...hehe
Untuk kendarat lelaki jugak tidak aku lupakan. Ada gift untuk mereka iaitu sehelai kain pelekat dan sebuah beg laptop. Juga tidak dilupakan paperbag yang mengandungi bunga telo dan makanan ringan yang lain. Bungkusan nasi jugak diberikan.
No comments:
Post a Comment