Pages
▼
Tuesday, March 08, 2011
Airmata Langit Mencurah-Curah Dan Aku ...
Hari ni hujan lagi ... start hari ahad ari tu hujan ... dah setiap hari hujan ... sebelum ni tak de hujan ... panas jek ... sampai kuar dari kipas angin berpeluh-peluh dibuatnya ... harap-harap ari ahad minggu depan tak hujan ler ... majlis perkahwinan adik aku tam, ahad minggu depan. Susah ler orang nak rewang masak ari ujan cam ni ... sian pulak orang blok aku, berujan karang rewang ... tapi nak wat cam mana kalau dah takdirnya begitu ... kita hanya merancang, Allah yang menentukan ... kita hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik untuk kita ... amin ... amin ..
Sepatutnya hari ni aku menyiapkan hamper majlis perkahwinan adik aku tu ... tapi tadi pagi dah menolong mak mengemas bilik alang ... rasa penat sangat ... abis barang-barang yang tak guna aku buang .. yang boleh dibakar, aku bakar ... yang tak boleh bakar, kumpul satu tempat letak kat dalam tong besar ... tunggu lori sampah angkat ... ari khamis ler jawapnya baru angkat. Kat tempat aku ni angkat sampah ada jadual nya. Hari selasa, khamis dan sabtu. Hanya 3 hari ini sahaja lori sampah masuk dan angkut semua sampah-sampah yang berlonggok dalam tong sampah. Sebab itu kalau barang-barang basah, contohnya perut ikan ker, sisa-sisa makanan ker apa-apa yang buleh mendatangkan bau, mak aku tak letak kat dalam tong sampah depan umah ... dia tanam jek kat belakang umah ... bukan apa ... kalau nak tunggu lori sampah datang ... alamat berulat dan berbau ler .. buleh mengundang seribu satu bau nanti ... huhu
Masa mengemas tu, hmm... jumpa ler macam-macam khazanah ... buku-buku lama, kitab sekolah agama (masih nampak seperti baru), kasut hantaran aku .. huhu (kat sini rupanya), wayar yang bermacam-macam saiz dan bentuk dan warna ... huhu .. (ini barang laki aku ler ni), printer lama (dah rosak, tapi sayang nak buang .. huhu), baju-baju lama, mainan anak-anak, banyak lagi ler ... tak ter sebut aku ... huhu..
Aku ngan mak kemas bilik alang a.k.a stor ni sebab nak kosongkan bilik ni ... bilik alang nak di pindahkan ke belakang ... buat pintu kat luar .. sebab dia selalu balik jauh-jauh malam, mak dah tak larat nak jadi tukang bukak pintu untuk dia ... jadi bilik dia buat pintu kat luar dan dibelakang dekat ngan bilik air (sebab dia malas nak pegi bilik air) ... jadi bilik alang yang sudah dikosongkan ni akan dijadikan bilik teh bila dia kawin nanti ... bulan 10 ni ler ... tadi tu baru kosongkan jek ... esok nak basuh pulak ... huhu ... penatttttt ..
Ni dah petang ni ... badan penat ... hari hujan pulak ... huhu ... mata seperti dibuai-buai jek ... ngantuk nyer .. tapi apa kan daya .. tengah kerja ni .. hamper pun tak sentuh lagik ni ... kena buat lagik 18 bijik lagik ... huhu ... malassss ... penattttt ... ngantukkkkk ... zzzzzz
No comments:
Post a Comment