Pages

Saturday, February 12, 2011

Sinopsis Novel 'Hati Yang Luka'


"Letakkan cinta ku dalam hatimu. Hanya dengan itu dapat kau selam luka hati ku yang kian parah....."

Sinopsis oleh : aznanie

Widad gadis yang tabah. Yang penyabar. Yang kuat pegangan. Membawa diri ke luar negara setelah memutuskan pertunangannya dengan anak majikan ayahnya, Raof. Sedar dirinya tidak setaraf untuk bergandingan dengan Raof, anak orang kaya. Merawat lara diri tetapi akhirnya Widad kembali ke tanahair.

Malang menimpa Raof bila dia dituduh mengasari kekasihnya, lily dan didakwa di mahkamah. Atas saranan keluarga, Raof berkahwin dengan Widad untuk membuktikan yang dirinya lelaki yang bertanggungjawab bukan bengis dan kasar terhadap wanita.

Sebelum perkahwinan, Widad ada membuat satu perjanjian dengan Raof yang menyatakan perkahwinan mereka akan terlerai selepas kes mahkamah Raof selesai. Raof yang tidak memahami tindakan Widad itu hanya mempersetujuinya sahaja.

Sepanjang perkahwinan mereka, Widad selalu di perli, di sakiti hatinya, dan seperti tidak dihargai. Tetapi Widad tabahkan hati. Menerima takdir dirinya walaupun terasa diri begitu hina dimata suaminya.

Sebenarnya, Raof mencintai Widad tetapi kerana sudah terbiasa bersikap kasar dengan Widad sejak kecil membuat dia berterusan bersikap begitu. Merasakan dirinya lebih baik dan lebih kaya dari Widad.

Setelah kes mahkamah selesai dan Raof memenanginya. Widad pergi meninggalkan Raof. Sangkanya berakhir sudah ikatan perkahwinannya seperti yang tertulis di dalam perjanjian mereka.

Raof bagai hilang nyawa bila menyedari Widad meninggalkan dirinya. Dicari Widad. Ingin menjelaskan kedudukan sebenar tetapi Widad enggan berjumpanya.

Dengan pertolongan dari ayah Widad, akhirnya Raof menemui Widad. Memohon maaf atas kekasarannya selama ini. Mengakui akan cintanya pada Widad membuat Widad tersentak. Dan sesungguhnya jodoh mereka masih kuat, akhirnya Widad mengalah dan memaafkan Raof. Raof berjanji akan menjadi pecinta yang setia hanya untuk isterinya, Widad.

Penulis   : Norhayati Ibrahim
Terbitan : NHF Media
Point     : 5/5

* Aku suka gile baca novel ni.... best sangat.... geram sangat dengan Raof tu... ego, pentingkan diri sendiri... dia tu cinta pada Widad tapi tak nak tunjukkan .... yang Widad ni ingat Raof tu tak cintakan dia ... jadi, dia pendam je segala penderitaan yang dirasai. Kesian dia. Yang paling aku geram sangat masa Widad tu keguguran ... si Raof tu boleh tak peduli jek ... eeeee geram ... emo la pulak aku ni .... haha... tapi novel ni memang best .... sangat-sangat best ....

2 comments:

  1. thank pasal komen ... dah tengok blog awak .. pasal sinopsis novel ni kat blog awak tu .. nak copy paste tak pe .. tapi harap dpt bagi kredit/ link ke blog sayer ni okey

    ReplyDelete