Pages

Monday, February 14, 2011

Sinopsis Novel "Adam & Hawa"

"Tak usah diucap, tak usah dilafaz aku dah mengerti bahasa cintamu"

Sinopsis oleh : aznanie

Ain Hawani, zaman singlenya terhenti pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak diperindahkan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-oleh membenarkan apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah ... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menggangap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Ain pasrah pada takdir dirinya. Buat apalah berdendam dan melukakan hati sendiri sedangkan jalan untuknya bahagia terbentang depan mata. Akhirnya, dia menerima Adam sebagai suami sepenuh hati. Dan di saat itu termaktub dalam hatinya bahawa tiada lelaki lain yang akan menemaninya selain Adam.

Penulis   : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Point     : 4/5


* Bagi aku novel ni ok ... best gak ... tapi kenapa ek watak Ain tu kejap-kejap dipanggil Ain kejap-kejap di panggil Hawa ... memula tu keliru gak ... hehe ... Ain ni keras kepala sikit ... asyik pikir dia betul jek ...tak pikir perasaan orang ... last-last bersama ngan Adam gak ...huhu




Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri
Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

c/o
Cinta adam dan hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta adam dan hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia
Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta.....oh
Kasihku di Firdausi
Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

Cinta Adam Dan Hawa By Misha Omar

No comments:

Post a Comment