Pages

Monday, February 28, 2011

Majlis Yasinan Perempuan

Semalam mak aku wat yasinan dan doa selamat. Hanya untuk orang perempuan sahaja. Ramai gak yang datang. Hanya beberapa orang sahaja yang tak ada. Yang tak dapat datang, ada yang menghantar wakil. Sebab yasin ini dibuat adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai majlis kenduri kawin adik aku, tam yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kat tempat aku ni biasala, kalau nak wat kenduri besar yang memerlukan bantuan orang sekampung kena ada perbincangan dulu. Kalau tak orang tak datang. Kena bagi tau tugas-tugas yang perlu dilakukan. Apa yang kena buat, hari apa yang perlu datang rewang, baju apa nak pakai untuk kenduri besonyer. Sebab kat tempat aku ni, ada baju kendarat. Musti pakai baju sama semua orang. Jadi kena ada perbincangan.

Menu mak aku untuk majlis yasin ni simple jek. Mak aku wat mee hoon goreng, kuih apam tepung beras ngan kuih kasuii jek. Pastu masa nak potong-potong kuih tu, eh ... ramai pulak yang anto kuih ... hehe ... alhamdulillah ... terima kasih Cik Rumi untuk kuih mini pai blueberry n strewberry ... cedap tul ... terima kasih gak untuk Cik Limah untuk kuih kasturinyer, Cik Siah ngan lengkong sirap dan Cik Leha untuk lengkong milo. Semua nyer cedap-cedap belaka.

Ini menu utama, mee hoon goreng with timun ... huhu

Ini kuih yang telah di letak dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan ... Kuih apam tepung beras, kasturi, lengkong sirap, lengkong milo, kuih pai mini ngan kasuiii
Majlis yang dijangka bermula pada pukul 2.30 petang itu terlajak ke pukul 3.15 petang sebab orang gi jemputan kawin dulu. Maklum ler ari ahad cam ni memang ramai yang wat kenduri kawin. Kalau musim cuti sekolah lagi le ramai yang wat kenduri kawin ni. Cam yang saing-saing dengan majlis kawin adik aku ni ada 7 buah rumah ... kata abah ... huhu ... kenyang makan nasi minyak le orang felda ni ... hehe

Ketua blok perempuan, iaitu Cik Maya pun datang lambat. Anak buah dah menunggu lama baru nampak batang idung. Rupanya dia tak sihat. Gelap mata kata dia. Alala ... sian nyer dia ... sebab dia ketua blok maka terpaksa ler dia datang jugak ... kalau tak siapa nak cover tempat dia. Sebab deputi tak de. Entah ler aku pun tak tau siapa penolong ketua blok perempuan ni. Nanti aku tanya mak ... huhu

Selepas kedatangan Cik Maya, majlis pun dimulakan dengan bacaan Yasin dan diikuti dengan doa selamat. Selesai bacaan, acara makan pulak ... hehe ... jemput makan ... tambah ... tambah ... jangan segan-segan yer ... hehe


Bacaan yasin sedang berlangsung. Diketuai oleh Cik Maya (yang ada jug air depan dia)

Acara makan-makan ... jemput makan ...
Semasa acara makan-makan berlangsung, Cik Maya pun membuka bicara. Mukadimahnyer tentang Pertandingan Keceriaan Kampung . Apa yang perlu ada dan yang tak boleh ada pada setiap halaman rumah. Yang wajib ada ialah pokok bunga orkid, pondok tempat pokok memanjat jadikan rumah (betul ke ayat aku ni ) haha. Tempat duduk petang-petang iaitu kerusi ngan meja bulat-bulat tu, tak kira la batu ke kayu tapi meja kerusi plastik tidak dibenarkan yer ... huhu. Nampaknya lepas majlis kenduri kawin tam ni, abah kena sediakan ler semua-semua ni, ada final check bulan 5 nanti untuk menentukan kampung mana yang layak menang. Kalau menang ... yuhuhu ... kayo ler pokcik ... 1 juta woooo ...


Cik Rumi dan semua hadirin yang lain khusyuk mendengar apa yang diperkatakan oleh ketua mereka ... dengo ... jangan tak dengo ... huhu

Habis jek perbincangan dan pemberitahuan tentang Pertandingan Keceriaan Kampung, barulah bincang pasal nak wat kenduri kawin tam ni. Cik Maya nak bergegas ke tempat lain pulak pasal ada wat kenduri maulidulrasul. Hmm ... nasib baik tak banyak yang dibincangkan. Cuma mak mintak orang tempat aku ni datang rewang petang jumaat untuk merebus telur ngan petang sabtu untuk menyiang sayuran dan bawang-bawangan. Serta ari ahad untuk kenduri besarnyer. Jadi apa pakat-pakatan seperti kuih-kuihan, ketupat ngan telur sila hantarkan sebelum hari jumaat yer ... kata Cik Maya ... dan dijawab ... baik bos ... kata anak buah .. huhu ...

Kepada semua jiran-jiran sekampung aku ni ... aku n keluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi menghadirkan diri menjayakan majlis yasinan dan doa selamat yang diadakan semalam. Juga terima kasih aku dahulukan untuk kerjasama yang akan di hulurkan bagi menjayakan majlis kenduri kawin adik aku nanti. Terima kasih daun keladi .... nanti-nanti tolong le lagi ... huhu




No comments:

Post a Comment