Pages

Wednesday, February 16, 2011

Cerekarama 'Ampunkan Daku'

Hari sabtu hari tu tengok cerekarama kat tv3 tajuknya 'Ampunkan Daku'. Para pelakonnya Sheila Rusly, Arin Malik, Zamarul Hisham, Fauziah Nawi, Ku Faridah, dan ramai lagi lah.

Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan seorang wanita bernama Latifah membuka sebuah pusat bernama KEWAJA khusus untuk remaja yang mengandung anak luar nikah. Samada secara rela atau trajedi. Bermacam-macam kerenah para penghuni di situ. Ada yang sudah sedar ada yang masih tidak sedar akan kejahilan diri.

Latifah ni dahulu ada suami, dan anak perempuan. Tetapi dia berpisah dengan suaminya atas desakan ibu mertuanya yang suka mengongkong anak lelaki tunggalnya. Dia merasakan hanya dia yang berhak ke atas anak dan cucunya. Tiada perempuan lain yang layak menjaga anaknya itu. Semasa Latifah keluar dari rumah suaminya dulu dia ada meminta duit daripada emak mertuanya. Katanya sebagai ganti penderitaan dirinya selama berada bersama mak mertuanya. Sebenarnya dia membuka pusat KEWAJA itu menggunakan duit itu dan sebenarnya dia juga adalah anak yang tidak sah taraf. Sebab itu dia bersungguh-sungguh membela nasib anak-anak yang tidak sah taraf ini.

Anaknya, Khalish mencari kebenaran. Dan bertemu ibunya di pusat KEWAJA dengan menyamar sebagai seorang remaja yang bermasalah. Dia ingin menyatukan kembali ibu dan bapanya. Tetapi dia berasa cemburu apabila dia melihat seorang ustaz rapat dan mesra dengan ibunya.

Akhirnya, rahsia Khalish terbongkar. Ibu mertuanya yang pada mulanya marah dan benci pada Latifah terkedu apabila diberitahu bahawa pusat itu adalah kepunyaan dirinya dan ibu mertuanya merasa insaf akan kesombongan dirinya.



* Aku tak berapa suka akan akhiran cerita ni ... sebab masa ibu mertua Latifah tu insaf dan meminta maaf ... tapi Latifah tu tak pandang langsung emak mertua dia tu ... dia asik pegang baby dan peluk anak dia si Khalish tu jek ... buat ler salam ker ... peluk ker ... tanda dah memaafkan ... barulah touching ... hehe ... mungkin Shiela nak wat kelainan dalam drama dia ... hehe ... dari segi pengajaran memang banyak ... tak di nafikan lah  ... rasa insaf jugak tengok ... cuma tu ler ...

1 comment:

  1. Saya jg setuju, ending tu nmpk mcm sheila tu angkuh plak.. Byk ayt2 perli mak mertua dia, xkena jg. Org yg minta maaf terima dn tnjuk rendah diri..lgplak org tua dn bks mak mertua, apapun drama ni thumb up, menyentuh hati..

    ReplyDelete