Pages

Wednesday, February 16, 2011

Cara-Cara Membuat Tapak Hantaran

Hari ni aku nak tunjukkan cara-cara membuat tapak hantaran daripada gabus. Ni bagi pengantin yang budgetnya ciput jer ... hehe ... walaupun budgetnya ciput tapi tetap cantik dan menarik ... itu yang penting .... kali ni aku tunjukkan cara membuat tapak hantaran jek ... esok-esok aku tunjukkan cara membuat bunga dulang pulak yer ... 

1) Bahan yang diperlukan : Gabus segi empat tepat, net organza bercorak, manik berantai, bunga, reben organza , reben, dawai besi besar, renda



2) Mula-mula, potong net organza bercorak mengikut ukuran gabus. Lebihkan sedikit supaya mudah untuk mengemaskan kedudukan net organza tersebut.



3) Kemudian, gamkan sekeliling permukaan gabus tadi dengan menggunakan gam panas. Lekatkan kain net organza tadi pada gam tersebut.



4) Gamkan sekeliling tepi gabus dengan menggunakan gam panas.



5) Kemudian, lekatkan renda disekeliling tepi gabus. Pastikan tidak terlalu singkat dan terlalu ke atas.


6) Kemudian, gamkan manik berantai di bahagian tepi permukaan gabus yang telah di balut dengan net organza bercorak tadi. 


7) Beginilah rupanya setelah siap manik berantai digam disekeliling permukaan gabus. 


8) Ketepikan dahulu gabus tadi. Ambil dawai besi besar dan balutkan reben purple pada dawai besi itu. Ulangi sehingga habis 4 batang dawai besi itu.


9) Beginilah rupa dawai besi yang dibalut dengan reben purple setelah siap.


10) Kemudian, dawai besi yang telah siap dibalut dengan reben purple tadi dibalut kembali ngan reben pink. Tetapi jangan rapat-rapat. Jarakkan kedudukan reben purple dengan reben pink.


11) Beginilah rupa dawai besi yang telah siap dibalut dengan reben pink


12) Kemudian, cucukkan dawai tadi pada gabus tadi. Di sini hanya 4 batang dawai besi sahaja diperlukan.


13) Beginilah rupa dawai besi yang telah siap di cucuk pada gabus.


14) Satukan dawai besi itu pada bahagian atas dan ikat dengan menggunakan dawai besi yang halus. Kemudian gamkan dengan menggunakan gam panas.


15) Gamkan reben organza yang berwarna pink yang telah dipotong mengikut paras yang diingini. Kemudian, gamkan di atas dawai besi yang telah dicantumkan tadi.


16) Lekatkan pula reben organza berwarna purple di atas reben organza yang berwarna pink itu.


17) Ambil reben organza yang berwarna pink dan purple dan gubah menjadi bentuk 'botie'


18) Kemudian, gamkan di atas dawai besi yang telah dilekatkan reben organza yang dipotong panjang.


19) Lekatkan daun bunga di atas reben organza tadi


20) Kemudian, gamkan bunga di atas daun tadi. Gam dengan banyak supaya bunga betul-betul melekat pada reben organza itu.


21) Potong hujung reben organza yang panjang tadi dengan cara menyerong.


 21) Beginilah rupa reben organza yang dipotong menyerong.


22) Kemudian, gamkan hujung dawai besi yang dicucuk pada permukaan gabus.


23) Inilah hasilnya. Dah pun siap tapak hantaran yang diperbuat daripada gabus.


24) Beginilah hasilnya setelah di letakkann barang hantaran iaitu cermin mata hitam untuk pengantin lelaki dan di hias dengan bunga dulang.



25) Ini pula fokus dari pandangan dekat.

13 comments:

  1. Bagus juga yah.. Brarti gabusnya harus tebel nih. klo gak perlu keraton buat alasnya.

    ReplyDelete
  2. ye ... gabusnya mesti tebal ... kalau nipis tak jadi la .. susah nak cucuk batang besi tu ... tembus ke bawah gabus nanti ...

    ReplyDelete
  3. kak, klu pkai gam uhu bese lekat x? sy plan nk buat cmni jugak. dh beli gabus n kain tuh. cume xder idea lg nk deco

    ReplyDelete
  4. salam cplud miera ...
    guna hot glue lebih senang .. guna gam uhu tak tau la cam mana .. maybe lekat kot .. tapi mungkin hot glue lebih bagus dan menjimatkan .. begitu ke??? .. hehe .. banyak contoh kat buku2 atau kat internet ni .. kena rajin membelek la ya ..

    ReplyDelete
  5. kak.... cam cantik jer.... rase nak try ....kalo ikutkan sy nyer hantaran warna ungu nih... tapi kalo buat cam akak tu... nmpk macam perempuan lak... huhuhu..... ok ke kalo pihak laki bagi macam akak buat tu ????just nak tny pendapat

    ReplyDelete
  6. salam mr swat ...
    pada akak buleh jek kalau pihak laki2 buat hantaran cam ni .. tapi kalau nak ubah2 sikit .. tak yah letak batang besi tu pun dah ok .. simple sikit .. just hias kabus .. letak bunga dulang .. letak barang hantaran .. tak nampak cam perempuan sangat .. harap dapat membantu .. thanks singgah blog akak ya ..

    ReplyDelete
  7. lawa. wat la buku pastu attch kt blog. bole jugak saya blaja. hehe

    ReplyDelete
  8. salam ...
    thanks Dianthus ...
    Ni hantaran untuk adik akak ari tu .. saja post kat sini .. semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua ...

    ReplyDelete
  9. klu mcm nie buat...kira2 brape budjetnye utk jadi satu alas dulang nie...sya nk tau kos nye sbb klu berbaloi nk gak saya mencubanya....

    ReplyDelete
  10. akak mane nak beli besi 2 ye?
    reply ye solan sy kak

    ReplyDelete
  11. salam dik ...
    Besi2 tu akak beli di kedai alatan perkahwinan di Bandar Kota Tinggi ... nama kedai dia Nona ... bukan Sri Nona tau ... kedainya di tapak lama pasar awam Kota Tinggi ... deretan kedai baju kemboja ... kedai adalah kedai barangan perkahwinan terbesar kat Bandar Kota Tinggi tu ... senang jek nak cari ... selamat mencari ... thanks sudi singgah blog akak yer ...

    ReplyDelete
  12. pak satu meter boleh buat barapa alas dulang ya?

    ReplyDelete
  13. wah! kreatif ..sy bru nk blaja buat hiasan hantaran ni..so, boleh la guna idea akak ni..sy mintak izin tau..:)

    ReplyDelete