Pages

Sunday, May 28, 2006

Untuk Terakhir Kali

Cerekarama : Untuk Terakhir Kali
Pelakon : Rashid Salleh sebagai Aidil
Fadillah Mansur sebagai Datin Noriah
Lis Dawati sebagai Shafiqa
Eizlan Yusuf sebagai Adam
Maizurah Hamzah sebagai Marina
Wan Maimunah sebagai Ibu Shafiqa
Zulkifli Zain sebagai Hassan (Ayah Shafiqa)
Riezman Khuzaimi sebagai Razis
Joanna Bessy sebagai Jescecca

Sinopsis oleh : aznanie

Kematian Dato' Taufik mengejutkan seluruh keluarga terutama Datin Noriah, yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa suami tercinta sudah tiada lagi di dunia ini.

Lebih menyedihkannya lagi, anaknya Aidil tidak sempat menatap wajah ayah mereka buat kali terakhir. Aidil yang membawa diri setelah hasratnya untuk menikahi gadis pilihannya tidak direstui ayahnya.

Abangnya Adam berusaha mencarinya namun gagal hinggalah ayah mereka menghembuskan nafas terakhirnya.

Dengan tidak di sangka, Aidil muncul pada suatu hari. Kepulangannya mengejutkan mereka semua. Adam berasa gembira dengan kepulangan Aidil dan merancang untuk bersama-sama menjaga syarikat mereka.

Aidil mengajak ibunya pulang ke kampung dengan alasan untuk menemui saudara-mara mereka. Dan tanpa disedari, rupa-rupanya Shafiqa ada menaruh hati padanya sedangkan dia menganggap Shafiqa hanyalah sebagai adiknya sahaja. Dia terkilan bila mengetahui yang Shafiqa merana dengan keputusannya untuk berkahwin dengan orang lain.

Aidil juga terkejut apabila mendapat tahu yang Shafiqa telah menutup pintu hatinya untuk orang lain termasuk Razis yang juga merupakan sahabat mereka semasa kecil.

Untuk menebus kesalahannya yang lalu, Aidil telah melamar Shafiqa walaupun dia tidak mencintainya. Dan Shafiqa telah bersetuju untuk menerima Aidil yang merupakan sepupunya dan rakan sepermainannya semasa kecil.

Tetapi manusia hanya merancang namun Tuhan juga yang menentukan segala-galanya. Aidil disahkan menghidap penyakit barah otak yang kritikal ketika persiapaan untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shafiqa dilakukan.

Isterinya, Jescecca mendapat tahu penyakit suaminya itu dan bergegas datang ke Malaysia untuk menemui suaminya.

Bila dia sampai Aidil telah dimasukkan ke hospital kerana pengsan di rumah pak Langnya. Di hospital, doktor telah memberitahu Datin Noriah tentang penyakit Aidil. Datin Noriah berasa sungguh sedih kerana tahu yang anaknya itu akan pergi meninggalkannya lagi.

Setelah meminta maaf kepada ibunya, kepada isterinya, kepada Shafiqa juga kepada abangnya, Adam, Aidil telah pergi menyahut panggilan ilahi.

Setelah dua tahun kematian Aidil, akhirnya Shafiqa bersetuju menerima cinta Razis yang sememangnya setia menanti cintanya. Dan ternyata mereka sememangnya ditakdirkan bersama.

Jescecca pula telah melaksanakan amanat terakhir Aidil iaitu selalu mengunjungi Datin Noriah di Malaysia.

No comments:

Post a Comment