Pages

Monday, May 15, 2006

Kisah anakku dan aku - Part V

Sambungan dari Part IV

Setelah seminggu di wad KK4, anakku dipindahkan kembali ke wad KK3 untuk meneruskan rawatan kemoterapi yang tertangguh.

Tetapi malangnya rawatan itu tidak dapat dilakukan kerana kesihatan anakku tidak meizinkan. Demam anakku tidak mahu kebah-kebah. Sudah bermacam-macam antibiotik yang dicuba namun belum lagi mendatangkan kesan.

Dalam pada itu, anakku sering muntah-muntah apabila makan dan minum. Ada ketulan-ketulan darah beku yang berwarna merah kehitaman. Doktor mengarahkan anakku berpuasa.

Kesian aku melihat keadaan anakku. Badannya mula susut cuma perutnya sahaja yang membuncit. Apabila doktor melihat keadaan anakku sudah makin kurus, doktor menyarankan anakku mengambil 'TPN' iaitu sejenis makanan yang di masukkan terus ke dalam badan melalui 'CVL'. Tetapi badan anakku tidak dapat menerima. Kesihatannya makin teruk. Dan doktor menghentikan pemberian 'TPN' tersebut.

Mereka memberikan susu pula kepada anakku. Memasukkan susu melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung. Dengan mengunakan mesin susu. Sedikit demi sedikit susu tersebut dimasukkan.

Tetapi masalah lain pulak yang berlaku. Sebanyak mana susu dimasukkan, sebanyak itu jugalah ia keluar melalui stoma.

Dekat sebulan lebih anakku melalui keadaan itu. Tidak boleh makan dan minum. Bertapa seksanya keadaannya itu. Bila dia merengek-rengek kehausan. Aku hanya memberikannya sedikit air masak sahaja. Itupun secara sembunyi.

Di tambah lagi dengan luka belahan di perutnya yang masih belum ada tanda-tanda untuk sembuh. Mungkin kerana tidak selesa dengan keadaan dirinya menyebabkan anakku kurang mahu tidur. Dia mudah terjaga apabila ada nurse yang mendekati.

Bila demam anakku mula surut, doktor menyambung pemberian kemo yang ketiga pada 28.08.2004. Setelah ketiga-tiga ubat itu dimasukkan ke dalam badan, anakku telah mengalami sesak nafas sehingga memerlukan bantuan oksigen. Aku mula dilanda kebimbangan. Aku takut kalau-kalau terjadi kejadian yang tidak diingini ke atas anakku. Semasa itu aku hanya keseorangan di situ. Suamiku sudah pulang ke JB kerana perlu berkerja. Cuma 3 minggu sekali saja suamiku dapat melihat anak kami.

Bersambung ....

2 comments:

  1. aku pengen lihat kelanjutannya... sambungan part lima nya kok gak ada... aku ikut sedih mendengarnya...

    ReplyDelete
  2. May Allah bestow u and ur family with endless strength n courage. May ur son heal soon.

    ReplyDelete