Sebab pagi tadi makan mee goreng, jadi aku bagi resepi nak masak mee goreng versi sarapan. Nak masak mee goreng untuk sarapan senang jek. Sebab bahan yang digunakan tidak banyak. Ringkas jek...
Mee Goreng (versi Sarapan)
Bahan-bahan:
Mee kuning
Sedikit taughe
Sedikit sawi
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Daging ayam - segenggam
Kicap
Telur goreng
Bahan-bahan untuk diblend:
Lada kering
Bawang merah
Bawang putih
Cara membuatnya:
Panaskan minyak di dalam kuali
Masukkan bahan blend sampai naik bau
Masukkan ayam hingga garing
Masukkan mee kuning
Masukkan kicap dan gaul sebati
Masukkan sawi dan taughe
Kacau lagi
Perasakan dengan garam dan ajinomoto.
Apabila sudah serata dan sayur layu bolehla dihidang bersama telur goreng.
https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fyoutu.be%2F9deZA63lKw8%3Ffbclid%3DIwAR2dn-YgLSo34UUT9V-QniuC7slIIbED2bMMFgkxFXC8h1DytXeIIiBNogo&h=AT22wlN0Gq9WdoJd75968dl8Q5Gq3KVw_Rft00AE7wDf4oVC3odk4b0O4Q8iQaOM6G6m_PGTiJa5cdds8yuiVUy0UC0325g1Qp-FyQzfSXzrwAZrQ6SiOzZmRyn8q8M9hMXcgFIHDeUZIXbkjjz07tFOoDu30EPxtoynpFMf-Fe52dSkhU3fEPgKgCxGyjvWF6qfHMsjUyZZ74HEAsn8Ee2XZWJfxvQf7ktjQDGxPgLTQiVQ2pYMwJahhq6jeglzuy34r0L_FNVHRJie0957oSpX42omBYOP0JzsaCnatVEpxjStjfUdr-Kt6c8sSM8U3j54nkFhzZSR8-Fcz3L0RA8H2YUALZwd2JmPAVPac5rULQC_CvpBNsz0AtXA6QA-LreyUdKX0g1XFFg5sIN-Y69OXedhxVrHz4eigpQAd4aZgyHrMQ_miMXyfhk5E_PSGrhsr8UJ_WDQFpu3YZFqE7if7TWsA7OP1cGEN0tLamI0Av-jUD1Bh_LB6lzaDiJwVEpuGSP92ThvFYkjAOa8sYpWYjle9nFvQ2eYIbyTNCsoyYRatRaIYwVrTLGJw4LggIUEvofpLUa85CMXzOl2xo2WCU0Il71olNDf3cDEm9ayZ3OAIWHnAp1KizMCLYmd3e8
Wednesday, February 09, 2011
Makan sarapan dan makan angin....
Kategori:
Jalan-jalan
Inilah sarapan pagi aku hari ni. Mee goreng telur dan air milo ais. Lokasinya di kedai makan bersebelahan dengan Terminal Bas Bandar Penawar. Tak ramai yang makan sebab dah pukul 10 lebih masa tu. Hanya aku dan adik perempuan aku jek... Boleh tahan gak mee gorengnya. Sedap. Sambalnya pun sedap. Cuma air milo nya manis sampai ais dah abis pun masih manis lagik. Aku ni kalau air manis-manis tak leh nak telan. Tekak tak leh terima... haha... dah tua la katakan...
Ini Terminal Bas Bandar Penawar. Ramai gak yang tunggu bas. Ini pandangan dari sisi kedai makan.
Ini salah satu kaunter yang terdapat di Terminal Bas Bandar Penawar.
Pandangan dari tepi kedai makan.
Di sebelah Terminal Bas Bandar Penawar ini terdapat taman permainan. Di sini lah anak aku selalu di bawa oleh atuknya bermain. Semasa aku makan ni pun dia dan sepupunya main di situ. Suka sangat...
Semasa dalam perjalanan pulang teringat pulak nak singgah pasaraya Sakan yang terletak berdekatan dengan perumahan Desaru Utama. Adik aku nak beli hadiah untuk majlis perkahwinan kawan dia. Beli sarung kusyen dan sarung bantal. Abah aku membeli stokin. Wah... borong SAKAN........
Tuesday, February 08, 2011
Berseronok di taman permainan
Kategori:
Jalan-jalan
Tadi aku menemani adik perempuan aku gi temuduga kawin kat Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi. Tapi aku tak ikut naik ke atas. Adik aku ditemani oleh ayah aku jek. Anak aku nak main kat taman permainan yang terletak di belakang bangunan itu. Seronok la tengok dia main. Lepas main gelongsor, main buai, lepas tu main jongkang-jongkit, main panjat-panjat besi, main mainan yang goyang-goyang tu... penat. Pulak tu baru kul 11.00 pagi... matahari atas kepala rasanya. Punyala panas... anak aku sampai bepeluh-peluh main. Tapi dia tak peduli... main tetap main... hehe...
Sedang seronok melayan anak aku bermain, ada seorang makcik menjual maruku datang. Jadi aku tanpa banyak bicara membeli jek la maruku makcik tu. Rm10.00 untuk 3 bungkus. Sedap marukunya.
Monday, February 07, 2011
Makan Tengahari Tepi Laut
Kategori:
Jalan-jalan
Seronoknya hari ni sebab dapat makan sambil menikmati pemandangan laut lepas. Saujana mata memandang. Aku makan nasi putih berlaukkan asam pedas ikan siakap batu bersama telo asin dan ikan masin. Suami ku pula makan nasi berlaukan ayam masak kari dan sayur tauge goreng. Hmmm....sedap. Ditambah dengan bunyi deruan ombak fuhhh... best ler...
Kalau le ari-ari leh cam ni kan best.... haha...
Kalau le ari-ari leh cam ni kan best.... haha...
| Pemandangan laut dari sisi kedai makan |
| Pemandangan laut dari hadapan kedai makan |
| Ini lah makanan tengahari aku ari ni.... |
| Anak aku makan dengan seleranya... |
Lokasi : Kedai makan Selera Keluarga Kita, Sungai Renggit.
Sunday, February 06, 2011
Majlis Hari Lahir Ayen ke-10...
Kategori:
Tentang Aku
Hari ni aku mengadakan majlis hari lahir anak aku, Nazrin yang ke-10 thn.
Dari pukul 10.00 pagi aku menyiapkan masakan untuk majlis. Menunya, ketupat, ayam masak merah,mee hoon goreng, mee segera (sedap)goreng,nuget,sosej,kentang goreng,kek,puding krimer dan buah tembikai.
Jemputan hadir pada pukul 3.00 petang. Majlis bermula pada jam 3.20 petang.
Meriah sangat. Kawan-kawan ayen sporting. Masing-masing mengikut jek arahan yang ayen berikan.
Permainan kotak beracun menjadi gamat apabila mereka bersorak pada kekawan yang terkena. Pada mulanya mereka seperti takut jika mereka yang terkena tetapi apabila melihat yang terkena mendapat hadiah selepas melakukan arahan yang diberi, mereka menjadi teruja untuk mendapat hadiah banyak...hehe...
Rentetan majlis:
sebelum majlis, acara menyusun makanan atas meja
Antara tetamu yang hadir
Birthday boy, Ayen bersama kek birthday nya
Para tetamu mengambil makanan
Permainan kotak beracun sedang dijalankan
Salah seorang tetamu sedang melakukan tugasan dalam permainan kotak beracun
Acara membuka hadiah
Para jemputan menerima sedikit ole-ole sebelum pulang
Dari pukul 10.00 pagi aku menyiapkan masakan untuk majlis. Menunya, ketupat, ayam masak merah,mee hoon goreng, mee segera (sedap)goreng,nuget,sosej,kentang goreng,kek,puding krimer dan buah tembikai.
Jemputan hadir pada pukul 3.00 petang. Majlis bermula pada jam 3.20 petang.
Meriah sangat. Kawan-kawan ayen sporting. Masing-masing mengikut jek arahan yang ayen berikan.
Permainan kotak beracun menjadi gamat apabila mereka bersorak pada kekawan yang terkena. Pada mulanya mereka seperti takut jika mereka yang terkena tetapi apabila melihat yang terkena mendapat hadiah selepas melakukan arahan yang diberi, mereka menjadi teruja untuk mendapat hadiah banyak...hehe...
Rentetan majlis:
sebelum majlis, acara menyusun makanan atas meja
Antara tetamu yang hadir
Birthday boy, Ayen bersama kek birthday nya
Para tetamu mengambil makanan
Permainan kotak beracun sedang dijalankan
Salah seorang tetamu sedang melakukan tugasan dalam permainan kotak beracun
Acara membuka hadiah
Para jemputan menerima sedikit ole-ole sebelum pulang
Subscribe to:
Posts (Atom)