Pages

Sunday, October 30, 2016

Nasi Goreng Kicap

Sarapan ari cuti ... cuti-cuti ni kedai makan penuh la ... apa lagi .. tengok dalam periuk ada nasi lebihan malam tadi .. mengoreng nasi la kita ye ... wat nasi goreng simple-simple je ... nasi goreng buh kicap .. jadilah nama dia nasi goreng kicap ... hahahaha

Nasi Goreng Kicap

Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi putih
3 hirisan ayam - ambik isi aje
1 pelepah sawi - potong sedang
1 kelopak sedang kobis - potong sedang
1 batang lada merah - potong serong
1/2 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - ketuk
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
1 batang daun sup - hiris kecil (kalau suka)

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih hingga garing
  • Masukkan ayam dan kacau dan biarkan sehingga air ayam kering
  • Masukkan sayuran dan lada merah
  • Kacau seketika
  • Masukkan nasi dan gaul sebati
  • Masukkan kicap sebanyak mana yang di sukai
  • Gaul sebati 
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Gaul sebati lagi
  • Angkat dan hidangkan

No comments:

Post a Comment