Pages

Saturday, July 05, 2014

Resepi Donut Sambal

Donut sambal ... first time buat ni ... tam yang nak sangat .. dia yang buat donutnya .. aku just sira sambalnya aje ... buleh tahan rasanya walau pertama kali membuatnya ... tapi sebenarnya donut yang adik aku buat ni memang sedap ... gebu jek ... terasa kegebuannya ... nak suh dia buat lagi la ... hahaha ...

Donut Sambal

Bahan-bahan : 
1/2 kilo tepung gandum
50 gram margerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 peket yis/ mauripan
1 biji telur - pukul sebentar
200 ml bancuhan susu manis - anggaran 2 sudu besar (sepatutnya letak susu segar tapi tiada pulak dalam simpanan .. hehe)

Cara membuat :
Dalam bekas, masukkan mauripan, gula, margerin dan bancuhan susu.
Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit
Dalam bekas yang lain, masukkan tepung gandum, garam dan telur yang telah dipukul
Campurkan bahan yang telah di kacau sebati tadi ke dalam bekas tepung gandum
Uli sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat di tangan
Uli dengan menggunakan hujung jari, bukan tapak tangan (petua orang tua)
Siap di uli, bentukkan doh kecil-kecil dan biarkan selama 5 minit
Bentukkan lubang ditengahnya bila dah tiba masa untuk menggoreng
Goreng dalam minyak banyak dan pastikan minyak panas betul
Goreng hingga kuning keemasan atau garing (terpulang pada citarasa)
Tabur dengan gula halus atau apa-apa sahaja yang di sukai ... 

Cara menyira :
Tumis lada blend, bawang merah dan bawang putih sehingga garing
Masukkan gula setengah senduk (anggaran ikut banyak donut yang nak di sira)
Kacau sebati
Bila semua donut tu dah terkena sambal, angkat dan hidangkan
 


No comments:

Post a Comment