Pages

Saturday, January 04, 2014

Majlis Menjunjung Ilmu Dan Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2014

31/12/2013 (Selasa, 8.00 pagi)

Majlis Menjunjung Ilmu Dan Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2014

Diadakan di Dewan Sekolah Menengah ... pukul 8.00 pagi tepat-tepat kami sampai ... kami tu ialah aku ngan anak-anak ler ... ayen yang wajib datang sebab nak daftar dia kannn ... aisy pun nak ikut ... nak tengok sekolah abang dia ... si kecik Zara harus la ikut ... mana mama gi Zara kena ikut kannnn ... hehe ... 

Dah ramai yang datang ... sampai tak de kerusi dah .... terpaksa mencari kerusi sendiri ... ayen pulak segan plus malu plus takut plus plus bagai ... sampai kerusi dia pun mama dia yang amik kan ... hmmm ... anak bujang sorang ni ... sabo jek la ... 

Posing-posing sebelum acara mula .. ayen, aisy dan zara ... peace yoooo

Ayen ngan kawan baik dia, Afiq ... dari darjah 1 sampai tingkatan 1 satu kelas ... sama-sama dol ... hahaha ... ok la tu ... sekurang-kurangnya dia tak kekok ... ada kawan yang dia kenal ... sangatttt ... hehe ... 

Majlis mula jam 8.30 pagi ... pengerusi majlis memulakan acara ... diikuti bacaan doa ... memohon supaya majlis diberkati dan mendapat keredhaan dari Yang Esa ... amin ... 

Ucapan pembuka dari Timbalan Ketua PIBG Sekolah ... Ketua PIBG iaitu En.Japri telah kembali ke Rahmatullah ... Al-Fatihah untuk arwah ... dan mesyuarat PIBG yang akan diadakan pada bulan 3 atau bulan 4 nanti akan memilih ketua PIBG yang baru ... ucapan Timbalan PIBG iaitu En.Ismail amat beremosi ... beliau melahirkan rasa sedih di atas keputusan PMR pada sesi 2013 yang lalu ... dimana tiada seorang pelajar pun yang mendapat 8A ... beliau mempersoalkan di mana kesungguhan pihak guru sehinggakan keputusan PMR begitu merosot ... juga di tekankan persoalan di mana ada segelintir guru yang pulang awal ... kerana rasa terkilannya itu beliau sehingga sanggup mahu melaporkan kejadian itu kepada pihak media jika suaranya tidak didengar oleh pihak sekolah .... 

Ucapan dari Pengetua sekolah iaitu En. Muhammad Bin Md. Salleh ... beliau menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan PIBG Sekolah tadi mengenai kemerosotan keputusan PMR sesi 2013 .... berdasarkan post moterm mengenai permasalahan itu jelas menunjukkan ramai pelajar yang lulus namun hanya lulus tapi tidak cemerlang ... memang  matlamat pihak sekolah untuk meramaikan pelajar yang lulus tetapi mereka terlupa untuk menekankan aspek cemerlang katanya ... mengenai persoalan guru yang balik awal itu pula ... bukan lah semua ... hanya seorang ... dan sudah di soal siasat dan akan dikenakan tindakan displin jika terbukti ada salah laku dari guru itu ... Pengetua juga menerangkan serba sedikit tentang panorama sekolah ... di mana kedudukan bangunan-bangunan yang terdapat dalam sekolah ... juga tentang keterbukaan pihak sekolah menerima kedatangan pihak ibubapa pelajar jika terdapat sebarang kemuskilan dan permasalahan mengenai anak-anak ... 

Zara tertido waktu Pengetua sekolah berucap ... ngantuk sangat dia .. 2 hari kena bangun pagi .. semalam kena gi sekolah abang aisy .. daftar darjah 1 ... ari ni kena gi sekolah abang ayen pulak ... sian dia ... abang aisy tak habis-habis dengan peace dia ...

Akhir sekali ucapan dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Tn.Hj. Johar Bin Ahmad ... beliau memberitahu tentang masa persekolahan dan perjalanan minggu orentasi yang akan di hadapi oleh semua pelajar tingkatan 1 selama 2 hari iaitu 1 dan 2 Januari 2014 ... juga tentang 1 murid 1 sukan ... iaitu sukaneka ... semua pelajar wajib mengambil bahagian ... kecuali yang bermasalah kesihatan yang membawa surat dari doktor ... beliau menegaskan bahawa pihak sekolah bukanlah mahu menjadikan pelajar sebagai atlit tetapi hanya mahu para pelajar bersenam dan mengeluarkan peluh ... ini kerana kebanyakkan pelajar bertubuh besar dan obesiti ... jugak ditekankan mengenai uniform pakaian seragam ... beliau mahukan semua pelajar mematuhi arahan dan ibubapa dapat menyediakannya ... beliau mahukan keseragaman pada hari ditetapkan memakai pakaian tersebut ....

Acara diteruskan dengan simbolik penyerahan pelajar dari PIBG kepada Pengetua Sekolah dan seterusnya Pengetua menyerahkan kepada Wakil Guru Tingkatan 1 sesi 2014 ... 

Majlis bersurai ... para jemputan vip ada jamuan makan ... pelajar dan mak bapaknya tak de makan-makannya ... terus gi  kelas anak-anak untuk sesi pendaftaran dan membayar segala bayaran bagai .. tak lupa amik buku teks ... kelas ayen kat bangunan depan sekali  ... tingkat 3 .. amik ko lenguh kaki naik tangga ...dengan dukung Zara lagi ...  hahaha ...    

Nombor giliran masa daftar kat dewan tadi nombor 21 .. amik ko ... menunggu ler jawabnya ... memandangkan mama susah nak bergerak ... suruh ayen jek gi amik buku teks dia kat bilik SPBT ... kat bangunan yang sama .. tapi kat tingkat bawah sekali ... semput budak angkut buku teks 14 buah buku bawak naik tingkat 3 ... tak memasal kena cokang belikan air kotak ... aisy pun nak jugak ... haus gile ... lapo gile pulak tu ... hahaha .. padan muka sapa suruh ikut ... 

 Buku teks tingkatan 1 ... alahai ... buruknya buku ... dah berapa tangan pegang buku ni yer .. hehehe ... ada 14 buah buku ... semua perlu di sampul semula ... dan pastikan keadaannya baik dan buleh diguna pakai selama setahun lagi ... kalau nak peroi pun tunggu lepas ayen guna .. maknanya tahun depan lerrrr ... hehehhe

Nama cikgu kelas ayen ialah Cikgu Rohana Binti Md Said ... panggil ikut nombor giliran ... 1 orang dekat setengah jam jugaklah di tanya itu ini .. bayar itu dan ini ... nak dijadikan cerita ... aku lupa bawak fail kuning .. fail tu gunanya nak simpan maklumat peribadi ayen ... memandangkan aku terlupa bawak .. suh ayen beli kat koperasi ... rm 2 jek rega fail kuning tu .. nasib baik anak sedara aku si Epa masih kat koperasi lagi ... kalau tak susah jugak ... dari nombor 1 hingga nak sampai ke nombor 21 tu dekat 1 jam lebih jugak la .. sampai mengaruk si Zara nak tido ... hehe ...  

Ini guru kelas ayen ... cikgu Rohana ... cantik cikgunya kannnn ... harap-harap baik hati dan bertimbang rasa ... yang penting perihatin pada pelajar kelasnya ... amin ...

Anak-anak ... sambil menunggu giliran ... masing-masing bergilir-gilir pegang Zara ... nasib baik diaorang ada ... kalau tak longlai jugak mama ... hehehe ...

Bayar duit PIBG sebanyak Rm 85 ... semua pelajar tingkatan 1 kena bayar Rm 85 ... bila dah naik tingkatan 2 ke atas baru di kira kakak abang dan adik beradik yang lain ... pastu ada pulak bayaran untuk minggu orentasi ... nasib baik aku bawak duit lebih .. kalau tak ... bukak buku 555 la jawabnya ... hahaha ... ooo ... cikgu bagi bungkusan air ngan kuih la ... terima kasih cikgu ... hehe ... 




No comments:

Post a Comment