Menu berbuka semalam ... en.suami request nak makan mee kari ... mencari la bahan membuatnya ... pagi-pagi dah ke pasar mencari kerang ngan daging ... bahan utama nak buat mee kari ni ... memang dah rezeki ... semua ada bahan-bahannya ... alhamdulilah ... dapat lah menunaikan hajat en.suami nak makan mee kari ...
Memang ditanya apa yang en.suami dan anak-anak berhajat nak makan .... sebab mak buyung ni dah tak lama lagi nak pegang kuali ngan senduk bagai ... maklum le .. due date dah makin menghampiri ... cotiiii panjang la mak buyung ni ... hehehe ... satu-satu permintaan anak-anak ngan en.suami akan mak buyung ni cuba tunaikan ... bukan apa .. kesian kann .. nanti mak buyung dah bercoti tak dapat pulak diaorang nak makan ... lagi-lagi en.suami tu ... dia bukan gemar sangat makan masakan orang lain ... makanan kedai atau beli kat bazar ramadhan tu lagi la dia tak suka ... yang dia paling suka masakan mak buyung ni jugak la ... walaupun masakan yang ringkas dan simple asalkan air tangan mak buyung ni dia tak kisah ... semua dia suka ... alhamdulilah ... sukeee dan rasa dihargai sangat ... hehehe
Ok ... untuk yang nak mencuba buat mee kari ni ... resepinya di sini yerrr ... sila lah di klik dan dicuba ... mudah sahaja cara membuatnya .. bahan-bahan pun yang mudah dan senang di perolehi ... yang penting rasanya .. wallahhh ... menjilat sudu .... hehe ...
No comments:
Post a Comment