Pages

Tuesday, June 04, 2013

8th anniversary aznanie.blogspot.com

 
Hari ini ... pada tanggal 4/6/2013 adalah  ulang tahun yang ke 8 blog aku ni ... waahhhh ... diam tak diam dah 8 tahun aku berkecimpung dalam dunia blogger ni yerrr ...bermacam-macam komen yang aku terima ... ada yang positif ... tak kurang yang negatif .. tak pe .. semua tu aku jadikan panduan dan semangat untuk aku terus matang dalam dunia penulisan ini ... bak kata pepatah ... yang baik jadikan panduan .. yang buurk jadikan sempadan ... gituuuuuu


Alhamdulilah ... syukur aku panjatkan pada Ilahi kerana diberikan kesempatan selama 8 tahun ini untuk aku mencurahkan rasa hati ... minat ... berkongsi ilmu ... juga bercerita kerenah anak-anak yang menghiburkan ... memperkenalkan tempat-tempat makan yang menarik ... dan bermacam-macam lagi la aku sampaikan dalam blog ni ... dan alhamdulilah .. adalah sedikit rezeki dari nuffnang yang diberikan kepadaku melalui blog aku ini ... walaupun tak banyak jumlahnya seperti blogger-blogger lain yang popular ... hehe ...

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua follower dan yang like aznanie.blogspot.com tak kiralah dari facebook mahupun dari google ... juga tak lupa kepada  silent reader yang follow blog aku ni ... walaupun tanpa sebarang komen mahupun jejak yang ditinggalkan ... aku tetap hargainya juga ... hehe ... sokongan anda semua sangat bermakna untuk pembakar semangat aku meneruskan penulisan di blog ini ... dan sama-samalah kita berdoa semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan sejahtera ... amin ...

Terasa seperti nak makan kek hari ini ... mungkinkahhhh?????? hehe 








No comments:

Post a Comment