Ini Aisy ... anak bujang kedua ku ... masa ni hari kedua Aisy dilahirkan .... dah nak balik masa ni ... comel tak Aisy masa baby ... hehe
Semasa sesi mengodeh facebook tu ... terbaca satu artikel mengenai tips melahirkan anak secara normal yang ditulis oleh doktor sakit puan yang biasa menyambut kelahiran secara normal ... dan oleh kerana aku sedang pregnant dan bakal melahirkan baby dalam 4 bulan lagi ... lebih kurang la tu ... jadi aku rasa info ini sangat berguna kepada aku dan kepada bakal-bakal ibu di luar sana .. walaupun sudah ada pengalaman melahirkan anak sebelum ini dengan cara normal tetapi kadang-kadang dalam keadaan sakit yang tidak terperi itu mustahil kita dapat mengingati segala yang terjadi di dalam bilik bersalin ketika itu ....jadi ini sebagai persediaan la .. buleh berlatih kot ... hahaha ... jom layan tips melahirkan anak secara normal ni :
Tips melahirkan anak secara normal :
- Lutut berlipat dan kedua kaki terbuka. Biasanya disokong oleh keadaan katil yang sedikit terangkat. Maknanya kita tidak di dalam keadaan berbaring tegak.
- Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran dan pada masa yang sama buka kelengkang seluasnya
- Meneran bila ada resa (sakit dan perut menegang). Rilex bila tiada rasa sakit, untuk mengembalikan tenaga.
- Sebelum meneran, tarik nafas dengan panjang dan dalam dengan mulut yang tertutup
- Semasa meneran, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada dengan mata terbuka dan memandang perut
- Meneran seperti mahu membuang air besar. Teran sekuat hati
- Kalau boleh, jangan menjerit-jerit seperti orang histeria. Cuba bertenang dan kumpulkan tenaga dari dalam. Bagi yang muslimah, ingat ALLAH ...
- Jika dah terasa bayi mahu keluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita) teruskan meneran perlahan-lahan tapi berterusan. Jangan meneran terlalu kuat kerana akan menyebabkan tempat sulit kita terkoyak
- Bila misi letak bayi di dada, dakaplah baby untuk mengurangkan rasa sakit dan gementar selepas melahirkan. Dekatkan puting pada baby supaya baby kenal puting ibunya juga bau ibunya. Tapi jikalau doktor/misi bawa baby kita lari sejurus dilahirkan, maknanya baby kita tu ada masalah. Bertenang ... baby kita akan dikembalikan setelah keadaannya stabil.
No comments:
Post a Comment