Pages

Sunday, January 13, 2013

Aisy Mula Belajar Mengaji Muqaddam

Hari ni Aisy mula belajar mengaji Muqaddam kat umah Cikgu Sa'mah ... sama tempat mengaji ngan abang dia, Ayen .. Ayen dah naik Al-Quran dah ... senang kalau satu tempat ni ... suh Ayen tengok-tengokkan adik dia ... Aisy ni satu macam perangai kalau dia tak de kawan ... dia jenis tak pandai nak cari kawan ... dengan adanya Ayen, mungkin dia rasa selamat sikit ... gituuu

Inilah aisy ... dah siap-siap nak gi ngaji ... dalam beg kat belakang dia tu ada Muqaddam dan rehal ... selamat belajar mengaji Muqaddam Aisy ... belajar rajin-rajin ... jangan main-main tau ... 

Semalam, aku suruh Ayen tanyakan Cikgu Sa'mah ...  mama nak anto Aisy ngaji Muqaddam ngan cikgu ... alhamdulilah ... cikgu mengizinkannya ... jadi, malam ni ... Aisy dah leh datang mengaji la ...

Ok .. apa yang perlu dibawa oleh Aisy ke rumah cikgu mengaji dia tu ... first thing mestilah Muqaddam dan rehal ... alamak rehal tak de la pulak ... kena gi beli la ni ... harap-harap kedai Pak Haji Yusuf bukak la ari sabtu ni ... kedai dia aje yang ada jual rehal ni ... dulu masa Ayen pun beli rehal kat sini jugak .. beli yang jenis plastik jek .. yang kayu siap ukiran tu mahal sikit harganya ... hehe ...
Rehal plastik yang begini la yang aku belikan untuk kegunaan Aisy mengaji Muqadam ... reganya Rm 7.90 sekeping ... Aisy punya kala oren cair ... harap-harap rehal ni buleh tahan sehingga Aisy khatam Muqaddam dan seterusnya khatam Al-Quran ... In Sha Allah ....

Dulu Ayen pakai Muqaddam yang macam ni ... kala oren kulit dia .. tapi dah banyak yang koyak-koyak ... jadi Aisy guna Muqaddam yang kulit dia palstik ... kala pink lagi ... hehe ... malas pulak aku nak mengambik gambo Muqaddam Aisy tu sebab kulit dia dah tak hensem ... maklum la ... dah lama ... hehe ...

Selain tu, dari segi pakaian ... pakai baju lengan panjang dan seluar panjang serta songkok atau kopiah ... beg untuk letak Muqaddam dan rehal dia ... tu jek persediaan ... tak lupa duit mengaji ... Cikgu Sa'mah tak meletakkan harga untuk perkhidmatan dia mengajar ... seikhlas hati kata dia ... jadi, pandai-pandai lah kita fikir tentang pengorbanan cikgu yang mengajar anak kita tu .. kannnn ... kita bayar  bukan sebagai upah tapi sebagai tanda penghargaan kita di atas usaha dan pengorbanan cikgu mengajar anak-anak kita mengaji Muqaddam dan Al-Quran sehingga mereka pandai membaca dan khatam ... terima kasih Cikgu (dulu aku pun pernah belajar agama dengan Cikgu Sa'mah ni) ...

Jadi ... malam ini Aisy akan belajar mengaji Muqaddam buat pertama kalinya ... harap-harap dia ok la ... bukan apa .. Aisy ni cepat bosan ... bila dia rasa bosan mulalah buat perangai ... nak balik la .. tak nak baca la .. pastu nangis ... wahhh .. harulah kalau jadi cam tu ... mungkin dia tak meragam kot bila tengok abang dia, Ayen ada kat situ jugak .. harap-harap la ... hehe ... go Aisy go ... 

No comments:

Post a Comment