Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayang mu di minda
Tiada penganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayang mu di minda
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa diri mu asa ku mati
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayang mu di minda
Penyanyi : MOJO
Mojo - Andai Ku Bercinta Lagi ...
Slot Samarinda Ameera ...
* Lagu ni adalah lagu tema slot Samarenda Ameera yang ditayangkan di TV3 setiap hari selasa hingga khamis ... best jalan cite nya .. ada sikit-sikit iras cite hindustan Chori Chori Chupke Chupke lakonan Salman Khan, Rani Mukarji dan Preety Zinta ... suke Rita Rudaini digandingkan ngan Syamsul Yusof ... cam padan jek .. huhu ... lakonan pun mantap ... tak suka watak Zila (Zarina Zainoordin) ... dah sain perjanjian pun masih nak meroyan nak bemesra dengan Ameer (Syamsul Yusof) .. yang si Ameera (Rita Rudaini) asyik suruh Ameer temankan Zila dengan alasan Zila perlukan sokongan masa mengandung ... yang Puan Suraya (Jasmin Hamid) tu pun meroyan jugak ... terdesak nak cucu sangat ... mentang-mentang si Ameera tak buleh mengandung .. sibuk nak kahwin kan Ameer dengan Marissa ... siap paksa-paksa lagi .. yang Marissa pun tak tau malu .. tergedik-gedik dengan Ameer ... siap panggil Ameera madu dia lagi ... benci Marissa tu ... episod semalam terlepas tengok pulak ... malam nih mesti duk depan tv ... nak tengok Zila dah bersalin ... apa jadi pada Ameera ... Ameer terharu dapat pegang dan cium anak kandung dia sendiri walaupun anak itu bukan dengan Ameera ... huhu ... sooo ... tunggu episod akhir lah baru aku buat sinopsisnya kat sini ... nak buat episod by episod cam susah sikit ler ... hehe ..... layanzzzz ....
No comments:
Post a Comment