Pages

Saturday, April 28, 2012

Program 'Kau Permata Ku' Fasa 2

Ini semalam pagi punya cerita .. anak aku Ayen balik sekolah terus bagi surat  jemputan dari sekolah ... menjemput ibu/bapa atau penjaga hadir ke sekolah bagi menjayakan program 'Kau Permata Ku' ... hanya ibu/bapa murid tahun 5 dan 6 sahaja di minta menghadirkan diri ... di tulis di situ program ini adalah anjuran Syarikat For Life Research Sendirian Berhad bersama pihak sekolah .. aku ni memang pantang bila ada program yang melibatkan anak aku kat sekolah .. mungkin nak membincangkan hal-hal pembelajaran atau mempertingkatkan prestasi anak-anak ke .. fikir aku lah kan .. so, kena pergi lah ni ...
Sekolah Kebangsaan tempat anak aku, Ayen menimba ilmu pengetahuan ...

Pukul 8.20 pagi, aku ngan anak kecik aku, Aisy pegi ke Sekolah Kebangsaan Ayen ... majlis mula kul 8.30 pagi ... sempat lagi sebab rumah aku memang dekat sangat dengan sekolah ni .. hehe ... sampai jek sekolah, dah ramai yang datang .. murid-murid di belakang .. ibu bapa di hadapan ... jumpa pulak kawan-kawan ..borak sakan ler .. haha ...

 Pengerusi majlis, Cikgu Samsudin Bin Adnan ...

Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi majlis iaitu, Cikgu Samsudin Bin Adnan selaku guru hal ehwal murid ... menerangkan tujuan perjumpaan ini ...dan selepas itu beliau menjemput guru besar sekolah iaitu Abd. Razak Bin Husain untuk menyampaikan sepatah dua kata ...
Guru besar sekolah memberitahu kami yang pencapaian UPSR tahun lepas mengalami sedikit kemerosotan pencapaian ... tidak menepati target yang disasarkan ... kelas malam yang dijalankan juga menyaksikan 10 peratus dari murid yang tidak menghadirkan diri ke kelas malam itu .. beliau menyeru kepada ibubapa supaya lebih perihatin perihal persekolahan anak-anak ...
Aisy cakap bosan .. dia nak cari abang dia .. aku cakap duduk diam-diam .. nanti kena marah .. senyap sekejap .. pastu bising lagi .. sibuk nak amik gambar la pulak .. macam mama dia .. hahaha ...
Motivator En.Hamid bersama salah seorang agen untuk produk 4Life Research ...

Majlis diteruskan dengan ucapan dari motivator En.Hamid dari Syarikat For Life Research ... intipati ucapan beliau adalah mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak ... mempersoalkan adakah tanggungjawab mendidik anak-anak habis apabila anak-anak sampai ke pintu masuk sekolah ... adakah urusan mendidik anak-anak hanya dibebani di bahu guru-guru sekolah tanpa ada feed back dari ibubapa di rumah ... dan faktor pemakanan yang sihat mampu menjana pertumbuhan otak anak-anak ... jangan selalu beri anak makan nasi goreng, nasi lemak, roti canai, lontong atau nasi sejuk ... beri sekali sekala sahaja .. beri anak makan sarapan cornflakes, roti bakar, telur separuh masak ... kemudian pukul 10 pagi waktu rehat, suruh anak-anak beli makanan dari kantin sekolah yang telah terjamin kebersihan dan keselamatannya dari makan makanan yang dibeli di luar ... bab ni aku tak berapa setuju .. sebab aku percaya makanan yang di masak di rumah lebih terjamin kebersihannya dari makanan yang dijual dikantin ... seorang ibu tak akan nak beri makanan yang dah tercemar kepada anaknya ... ini terbukti sebab anak aku kalau dia beli air dari kantin, balik rumah mesti batuk ... sebab itu aku bekalkan dia air dan makanan dari rumah ... sekurang-kurangnya aku tahu apa yang anak aku makan kalau pun dia di timpa masalah dengan pemakanannya ...
Bersungguh-sungguh En.Hamid meyakinkan para hadirin tentang produk makanan kesihatan syarikatnya ... 

Di akhir ucapan En.Hamid ni, dia menerangkan tentang makanan tambahan yang sihat yang dapat membantu menjana otak lebih berkembang ... makanan tambahan yang berupa seperti tablet yang boleh di kunyah tanpa minum air .... tabletnya berwarna putih krim ... berikan jugak sample kepada semua hadirin yang hadir ... beg yang mengandungi risalah dan buku nota tentang produk 4Life ni ... disertakan jugak card name supaya mudah dihubungi sekiranya berminat dengan produk 4Life ni .. nasib baik diaorang tak berjualan dalam sekolah ni .. kalau tidak sekolah dah jadi pasaraya pulak tempat berjualan produk .. hahaha ...
 Murid-murid beratur membeli makanan di waktu rehat ...
 Ayen bergambar dengan adik dia, Aisy ... Aisy makan roti coklat .. suka dia makan roti coklat tu ...
Ayen makan mee sup yang dibeli di kantin sekolah sebab cikgu tak bagi masuk kelas nak amik bekal dia .. tujuannya untuk mengelakkan terjadinya kejadian kecurian di dalam kelas ... makanan ok la .. tapi air tak boleh beli kat kantin .. masuk kelas nanti baru leh minum air ... sian ayen .. hehe

Kesimpulannya, perjumpaan hari ini adalah untuk memperkenalkan produk 4Life yang mengandungi makanan kesihatan untuk menjana pertumbuhan otak yang sihat melalui pemakanan ... hmmm ... barulah aku faham .. sebenarnya kalau aku tak pergi sekolah ari ni pun tak apa sebab bukan tak tau produk ni apa dan dengan siapa aku nak dapatkan produk ni kalau aku berminat .. bukan kah maklumat di hujung jari je sekarang ni ... cari aje di internet .. semua ada ... haha .. buang masa pagi aku jek ... hahaha hape pun tak buleh ...

1 comment:

  1. sekolah kat ne tu?? baik untuk student kene pomote..ehehe

    ReplyDelete