Capati bersama kuah kari pekat ...
Aku tak pernah masak capati .. tak tau pun cara-cara nak membuatnya .. hehe ... try-try cari resepi kat google .. haaaa .. dah jumpa .. aku copy paste kat sini .. huhu .. nanti-nanti kalau ada kelapangan leh la try buat .. kan .. kan .. kan ... hehe ...
Capati
Bahan-bahan :
- 225 gram tepung atta
- 1 sudu besar minyak sapi
- 125 ml air suam
- secubit garam
- sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada capati
- sedikit tepung atta, untuk proses mencanai
- Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
- Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/ lembab dan biarkan selama 30 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
- Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
- Panaskan kuali. Letak sekeping doh yang telah dicanai nipis tadi. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
- Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada capati menggunakan sudip/ spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
- Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
- Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan capati lembut.
- Ulangi sehingga kesemua doh selesai.
- Hidangkan dengan kuah kari atau kuah kegemaran anda.
Tepung atta jenama Alagappa's ...
Mohon pinjam resepi nak bubuh dalam blog saya :)
ReplyDeletesalam jumizah samsudin ..
ReplyDeleteok .. tak masalah ... sama2 kita berkongsi ilmu ... minat makan capati ea .. hehe
Minat........tapi laki saya orang Jawa...so dia tak berapa nak layan makanan Indian ni.
ReplyDeleteSalam, artikel kita keluar hari ni. Jemput baca : http://www.jumiesamsudin.com/2012/08/cara-membuat-capati.html
ReplyDelete