Ni lauk untuk dinner malam tadi .. tak de idea nak masak apa .. semalam baru wat kari ayam .. ari tu dah buat sup daging .. tak kan nak buat sup ayam pulak kan .. nak goreng jek tak berkuah pulak nak makan .. tak kan nak makan nasi ngan ayam goreng jek kan ... anak sedara aku cakap wat ayam masak merah .. tapi tak de sos cili ngan serai .. hmm .. pastu teringat kalau masak sambal tumis jek boleh jugak kan .. sedap jugak .. so .. tanpa buang masa terus siapkan bahan dan mula memasak sambal tumis ayam .. huhu ..
Sambal Tumis Ayam
Bahan-bahan :
Ayam - digoreng dahulu separa masak
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Lada kering - diblend
Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
Air asam jawa
Cara membuat :
Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan
Masukkan lada kering yang diblend
Kacau hingga bahan tumisan mulai mengering
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Kacau dan masukkan air asam jawa
Kacau lagi
Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
Dikacau sebati
Bila kuah mulai pekat, angkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment