Monday, November 28, 2011

Resepi Tauhge Dan Tauhu Tumis Berkuah

Hari ni hari isnin .. gerai ikan tak bukak ... gi kedai runcit .. ada sayur taughe .. bolehlah masak sayur taughe .. lama tak makan sayur taughe ... beli tauhu sekali ... nak masak tumis berkuah jek la ... pastu wat sambal belacan .. wah .. dah telan air liur dah ni .. huhu .. tapi takkan nak makan sayur taughe ngan sambal belacan jek kan .. vegetarian la pulak .. haha .. tengok kat bahagian ikan .. alamak .. tak banyak pilihan la .. ikan siakap ... besar-besar lah pulak .. lagi pun baru lepas makan ikan siakap .. tak nak lah ikan siakap .. ada ikan kembung .. dah tak segar nampaknya .. perut dah terburai .. huhu .. yang nampak segar cuma ikan talapia .. sebenarnya anak talapia kot .. sebab kecik jek saiz dia .. haha .. buleh la ni .. goreng jek ..

Thursday, November 24, 2011

Makan Tengahari Kedai Makan Nasi Beriani Mak Su Di Sungai Rengit

Hari ni makan nasi ayam .. bukan dirancang pun .. hasratnya nak makan nasi campur kat Restoran Selera Keluarga kita .. tapi dah nak kul 3 petang .. lauk dah banyak yang habis .. kalau yang tinggal pun saki-baki jek ... en.suami kata makan kat sebelah sana lah .. kat Kedai Makan Nasi Beriani Mak Su .. wah .. best jugak .. dulu pernah beli nasi beriani kat situ .. sedap jugak ...

Monday, November 21, 2011

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Teringin nak makan ketam .. semalam cari kat gerai ikan depan umah tak de pulak ketam .. tadi pagi kak yong datang ... tanya dia .. kat mana ada orang jual ketam .. dia kata kat gerai depan klinik .. gi la beli ketam kat situ .. sekilo Rm 10 ... rembat jek la .. berat-berat ketamnya .. banyak isi la kot .. jangan kulit jek yang berat .. tak puas pulak nak makan isi ketam .. hehe .. nak masak lemak cili api ketam-ketam itu semua ... haha .. ayen suka makan ketam goreng tapi disebabkan ayen balik umah atuk dia ari ni .. maka tak de lah ketam goreng untuk dia .. haha ...

Ketam Masak Lemak Cili Api

Sunday, November 20, 2011

Sinopsis Novel 'Cinta Yang Ku Rasa'

"Usah biarkan kasih ku sunyi menunggu seorang diri"

Sinopsis oleh : aznanie

Cinta yang terbit di hati Laila Nabila hanya untuk seorang jejaka iaitu Mir Shariman. Namun rasa cinta hanya mampu berlegar dalam anganannya sahaja. Tak mampu diucap bila bersua muka. Walau di alam maya sekalipun malunya tidak terperi. Sudahnya dia hanya memendam rasa.

Thursday, November 17, 2011

Penyerahan Bantuan Khas Untuk Persekolahan Pelajar

Hari ni diadakan penyerahan bantuan khas persekolahan bagi pelajar sebanyak Rm 100.00 seorang yang diadakan di Wisma Sening. Alhamdulilah ... dapat lah membantu meringankan sedikit beban ibubapa ... ye la kan .. nak beli buku tulis, beli buku aktiviti, peralatan sekolah, kelengkapan persekolahan yang lain ...

Wednesday, November 16, 2011

Check Up Ayen Di Institut Pediatrik, HKL

Temujanji di klinik pakar Institut Pediatrik,  HKL ari selasa pagi .. jadi bertolak dari umah petang isnin ... kami bermalam di rumah adik aku, teh ... umah dia kat Bangi .. dekat la jugak nak ke HKL tu ..

Perjalanan pergi diiringi hujan sepanjang jalan .. sebenarnya dah masuk highway Desaru - Senai baru ujan .. lebat sungguh .. sampai nak baca signboard pun susah .. kabur pandangan mata .. punyalah gelap cuaca ... berdoa jek sepanjang perjalanan semoga kami selamat sampai ke destinasi ...

Awan berarak hitam di langit .. ni amik pic atas jambatan yang paling panjang kat highway Desaru - Senai ...

Sunday, November 13, 2011

Anugerah Industri Muzik (A.I.M) 18

AIM 18 yang bersiaran langsung malam tadi sudah pun melabuhkan tirainya. Bermacam kontroversi dikatakan tentang pemilihan lagu yang menjadi juara. Fenomena yang biasa sangat kita dengar bila sesuatu acara begini diadakan. Ada aje yang tak kena. Ada aje yang tak puas hati. Tak kisah lah tu. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dinobatkan sebagai yang terbaik.

Makan Tengahari Di Kedai Makan Cik Milah

Abah ajak makan kat sini .. mak masak ikan goreng jek .. abah tak selera nak makan .. dia nak makan asam pedas ... aku ikutkan jek la .. sebenarnya suka nak ikut ... haha .. kat kedai makan Cik Milah ni satu-satunya yang ada lauk ikan keli .. bermacam-macam jenis masakan ikan keli ada ... lemak cili padi ada ... masak pecal ada .. goreng berlada ada ... goreng biasa pun ada .. pilih aje yang kena dengan citarasa ... tu pada penggemar ikan keli .. kalau tak suka makan ikan keli .. lauk pauk lain pun ada disediakan .. ayam kari, ayam masak merah, ayam kurma ... ikan asam pedas pun ada .. sayur dan ulaman pun disediakan ..

Friday, November 11, 2011

Makan Malam Kat D'laksamana Hentian Penawar

Hentian penawar ... pemandangan di waktu siang .. d'laksamana letaknya nombor 2 dari hujung kedai ...

First time makan kat sini .. ramai yang kata makanan kat sini sedap-sedap ... dan makanan yang diorder cepat dapat walaupun ramai orang yang datang makan kat situ ... hmmm ... betul ke? jadi untuk memuaskan hati .. aku ajak abah gi makan kat situ ... haha ..

Seram Di TV3 : Terowong Episod Cantik

Malam tadi tengok cite ni ngan Ayen .. Aisy tak de .. balik umah atuk dia .. tidur sana .. haha .. Ayen jelos sebab dia tak dapat tidur umah atuk dia sebab dia kena gi sekolah .. haha .. best jugak episod malam tadi ... Fauziah Gous yang jadi hantunya .. hantu cantik .. hehe .. jom layan sinopsis cite Terowong episod Cantik yang digarap oleh aku ..

Sinopsis oleh : aznanie

Kehadiran Nani tidak disedari rakan-rakan sepejabatnya. Memandangkan dia mempunyai wajah yang tidak cantik. Nani berjumpa dengan Tok Moh untuk memakai susuk supaya wajahnya nampak cantik. Tok Moh bersetuju dengan syarat Nani mesti mematuhi syarat dan pantang larang memakaian susuk ini. Dan Tok Moh meletakkan penjaga atau pendamping untuk menjaga Nani. Tetapi Nani mesti memberi pendamping itu darah apabila tiba bulan mengambang. Nani bersetuju.

Sinopsis Novel 'Atas Nama Cinta'

"Akulah penunggu cinta yang tegar ... menanti di mana-mana
sampai bila-bila ... "

Sinopsis oleh : aznanie

Ardini anak bongsu kepada Haji Salleh dan Hajah Aminah. Walaupun mempunyai kakak dan abang kandung tetapi dia rapat dengan abang sepupunya, Zahin yang dipelihara oleh Haji Salleh dan Hajah Aminah setelah kematian ibu bapanya. Kasih sayang yang dicurahkan kepadanya tak ada beza di antara anak-anaknya yang lain. Ardini amat rapat dengan Zahin. Baginya Zahin adalah pelindungnya dari dibuli oleh abang dan kakaknya. Sehingga dewasa hubungan mereka tetap erat dan mesra.

Wednesday, November 09, 2011

Masak Lemak Pucuk Paku, Sambal Belacan Dan Ikan Pari Bakar

Lauk untuk tengahari ni ... sebenarnya tak rancang pun nak masak lauk pauk ni ... rancang dari umah nak beli ikan cencaru .. nak bakar ikan cencaru .. pastu wat air asam .. makan ngan ulam timun jek ... tapi kat gerai ikan depan umah aku ni tak de pulak ikan cencaru ... ari ni turn ikan beso-beso ... ikan kecik-kecik tak de stok ... huhu .. nampak ikan pari .. macam segar lagi .. daging masih pejal ... boleh lah .. ikan pari pun ikan pari lah .. haha .. gi gerai sayur pulak ... nampak pucuk paku .. wah .. favorite tu pucuk paku ... apa lagi .. sambar le seikat .. leh masak lemak pucuk paku ari ni ... maka, jadilah lauk masak lemak pucuk paku, sambal belacan dan ikan pari bako ... sedaappp .. bertambah-tambah anak-anak makan ...

Tuesday, November 08, 2011

Slot Akasia Soffiya - Episod Akhir

Tamat sudah cite Soffiya yang ditayangkan di TV3 petang tadi ... happy ending ... akhirnya, Soffi buat keputusan untuk terus bersama Kamal, walaupun Kamal dah suruh dia pilih Ilyas .. tapi kan ... kalau Soffi tu pilih Ilyas susah jugak ... ya la kan ... anak Ilyas nak panggil Soffi tu apa ... nenek ke mak ... anak Soffi pulak nak panggil Ilyas tu apa pulak ... abang ke ayah .. hehe .. sebab tu Soffi tak nak pilih Ilyas ... hehe .. tu pandangan aku jek .. apa pun .. jom layan cite Soffiya episod akhir yang sinopsisnya digarap oleh aku .. 

Soffiya - Episod Akhir

Roti Goreng Celup Telur Cicah Sambal Sardin

Makan petang pulak ... haha .. sebab sambal sardin pagi tadi banyak lagi .. jadi, aku beli roti sandwich dan aku goreng dengan telur .. haha .. sedap betul la makan petang-petang ni .. pekena dengan teh o panas-panas .. fuhhh .. terangkat beb .. jom tengok resepi roti goreng celup telur ni ..

Movie Hindi Mujhse Dosti Karoge

Baru lepas tengok cite hindustan .. tajuk dia Mujhse Dosti Karoge ... sebenarnya dah tengok beberapa kali .. tadi kali ke 3 dalam minggu ni .. 3 kali tengok ... 3 kali nangis ... haha .. best sangat cite ni ... lagu-lagu dalam cite ni pun best-best .. semua best .. dari jalan cerita hingga ke lagu tema .. semua best .. tip top ... nombor 1 .. haha .. sukeeee sangat ...

Udang Rebus Berserai Dan Ikan Sebelah Goreng

Ini lauk makan tengahari hari ni ... menghabiskan stok udang dalam peti ais ... hehe ... ari ni kerja pagi jadi tak de masa nak masak yang susah-susah ... just rebus udang dan goreng ikan jek ... makan dengan sambal air asam ... tu jek ... buleh la .. sedap jugak .. haha ...

Lempeng Cicah Sambal Sardin

Sarapan pagi tadi ... malas nak gi beli sarapan kat kedai ... sardin ada ... tepung gandum ada jugak walaupun sikit ... hehe ... ingat nak wat jemput-jemput sardin ... tapi tekak rasa cam nak makan lempeng .. jadi, bancuh bancuhan lempeng jek la .. siap bancuh tepung .. terus masak lempeng dalam kuali ...

Monday, November 07, 2011

Makan-Makan Kat Food Court, Giant

Sehari sebelum raya haji ... gi beli barang keperluan nak masak di pagi raya la kununnya .. haha .. bertolak dari umah kul 3.00 ptg ... sampai Giant kul 4.15 ptg .. huhu .. lapo sangat sebab lum makan tengahari .. makan sarapan pun tak .. sian perut kami .. haha ...

Kitaorang order makanan kat gerai yang ada menu kala pink tu ... masakan thailand .. punyalah banyak order .. sekejap jek siap masaknya .. dan masakannya buleh tahan sedap ...

Anugerah Skrin 2011 (ASK2011)

Barbeque Petang Raya Di Pantai

Petang raya kami gi pantai Batu Layar .. berkelah sambil berbarbeque ... punyalah ramai orang ... sampai tak de tempat nak ngepot ... adik aku, radi yang cari tempat ... dapat le satu tempat yang agak tersorok sikit la .. rimbun ditutupi pokok-pokok besar .. nyamuk punyalah banyak .. terlupa pulak nak bawak ubat nyamuk ngan penyembur nyamuk .. apa lagi kena la buat unggun api ... tapi bukan senang nak buat unggun api sebab baru lepas hujan ... kayu semua basah ... nasib baik lah beli penghidup api ... senang sikit nak menyalakan api ... bila api dah marak baru tak de nyamuk .. fuuhhh lega sikit la ...
Teh ngan isterinya, Sal bertungkus lumus menghidupkan unggun api ...

Raya Aidil Adha 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia yang menyambut hari raya Aidil Adha ini ... Aidil Adha ni dikenali dengan Raya Haji atau Raya Korban .. kerana umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadat haji dan jugak ibadat korban ...

Kul 8.00 pagi sebaik takbir raya kedengaran, en.suami gi Masjid Al-Ikhwan untuk menunaikan sembahyang hari raya Aidil Adha ... ramai jugak yang datang bersembahyang kat Masjid .. bukan apa .. sekarang kan dah dipecah-pecahkan mengikut surau masing-masing ... kat sini dah terbahagi 5 la termasuk masjid ... tu pun still ramai lagi ... sampai tak muat parking ...

Aisy tunggu abah dia dalam keta .. dah tak sabo nak balik umah abah tam dia ... nak makan ketupat kata dia ...

Friday, November 04, 2011

Hantar Tam Ke Larkin Central

Subuh-subuh dah gerak ke Larkin Central ... takut tertinggal bas .. tiket bas ke Temerloh pukul 8 pagi ... en.suami ikut highway Desaru - Ulu Tiram ... nasib baik sepanjang jalan di highway tak banyak kenderaan lagi ... Tam nak balik kampung .. beraya di rumah keluarga suaminya ... kenalah adil kan .. raya puasa ari tu dah beraya ngan family kat sini .. raya aji kena lah gi sana pulak ... sistem giliran gitu ... huhu

Thursday, November 03, 2011

Sinopsis Novel 'Cinta Rahsia'

"Cinta tak perlu dicari kerna ia tersisip di lipatan hati"

Sinopsis oleh : aznanie

Ayu Kartika, seorang gadis yatim piatu setelah kematian ibu dan ayahnya. Rumah peninggalan arwah ayahnya juga di ambil oleh abang arwah ayahnya. Dia sedih. Kesal dengan sikap pak longnya yang tamak itu.

Wednesday, November 02, 2011

Sinopsis Novel 'Tanpa Mu Aku Rindu'

"Jarak dan waktu
tak mungkin jadi pemisah ... "

Sinopsis oleh : aznanie

Zuyyin Amani, asalnya adalah seorang anak yang baik dan menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Namun semua itu berubah apabila dia menginjak kaki ke sekolah menengah. Sikapnya berubah menjadi seorang yang sukar dikawal. Menyakiti hati dan bersikap kurang ajar pada orang tua. Tiada lagi perasaan hormat dalam dirinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...