Sayur Taughe Tumis
Bahan-bahan :
Taughe - di buang ekor dan topinya
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Ikan bilis - disiang dan di belah dua
Lada merah - dihiris menyerong
Garam dan ajinomoto
Sos tiram - sedikit sahaja
Air masak secukupnya
Cara membuat :
Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan lada merah sehingga garing
Masukkan sos tiram dan kacau
Masukkan taughe
Masukkan air masak
Masukkan garam dan ajinomoto
Kacau hingga sebati kesemua bahan
Biarkan mereneh seketika
Tutup api dan hidangkan
Ayam asam pedas kesum, ayam goreng, hati goreng dan sayur taughe tumis .. lauk tengahari semalam .. huhu ..
No comments:
Post a Comment