Lauk tengahari ni .. sambal tumis ikan cencaru .. asyik bako jek kan ... sesekali tukar menu pulak ... yang dalam fikiran adalah sambal tumis ikan cencaru .. so .. on jek la ... hehe ...
Sambal Tumis Ikan Cencaru
Bahan-bahan :
Ikan cencaru - dibersihkan dan dibuang kulit kerasnya
Serbuk kunyit
Garam dan ajinomoto - secukup rasa
Lada kering - direbus dan diblend
Bawang merah - diblend
Bawang putih - diblend
Halia - diblend
Air asam jawa
Sos tiram
Gula - secukup rasa
Cara membuat :
Ikan cencaru dilumur dengan garam dan serbuk kunyit
Goreng ikan cencaru sehingga separuh masak
Angkat dan ketepikan
Blend lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia
Tumis bahan yang diblend sehingga garing
Masukkan sos tiram dan gaulkan ia
Masukkan gula, garam dan ajinomoto
Masukkan jugak air asam jawa
Kacau sebati semua bahan
Masukkan ikan cencaru yang telah digoreng tadi
Gaulkan ikan bersama sambal
Rasakan sambalnya
Bila kuah mulai mereneh, tutup api dan hidangkan
Enak dimakan bersama nasi putih bersama ikan masin dan hirisan timun.
No comments:
Post a Comment