Makan petang pulak ... haha .. sebab sambal sardin pagi tadi banyak lagi .. jadi, aku beli roti sandwich dan aku goreng dengan telur .. haha .. sedap betul la makan petang-petang ni .. pekena dengan teh o panas-panas .. fuhhh .. terangkat beb .. jom tengok resepi roti goreng celup telur ni ..
Roti Goreng Celup Telur
Bahan-bahan :
Roti sandwich
Telur
Garam
Cara membuatnya :
Pecahkan telur dalam mangkuk
Masukkan garam secukup rasa dalam mangkuk telur dan kacau sebati
Celup roti sandwich dengan telur
Goreng dalam kuali yang tak berminyak
Cuma titiskan beberapa titik minyak di sekeliling roti sahaja
Bila kedua-dua belah nampak garing, angkat dan hidangkan
Klik sini untuk resepi sambal sardin
No comments:
Post a Comment