Pelangi di kaki langit di waktu pagi ... cantiknyer ...
Gambar ni di ambil pagi tadi .. selepas Ayen gi sekolah ... hujan gerimis tapi ada matahari dan cuaca panas .. hujan panas le tu kan .. hehe .. tengok kat langit .. eh .. ada pelangi la .. wah best ni kalau amik gambo .. aku ingatkan tak nampak .. nampak la jugak walau tak berapa nak terang ... hehe ...
Hujan panas tapi titik-titik hujan tak nampak dalam pic ... nampak silau matahari jek ...
Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) sejajar di langit apabila marahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat / sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu terlindung oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.
Masa aku darjah 5 kalau tak silap la .. ada eksperimen membuat pelangi ni ... bahan yang diperlukan adalah besen yang berisi air, sebuah cermin, kertas manila putih ... caranya .. masukkan cermin ke dalam besen yang berisi air ... kertas manila putih dilekatkan pada dinding .. pastikan cuaca panas .. cermin dalam besen mesti menghadap matahari ... pantulan cahaya putih yang terbias akan menghasilkan pelangi di layar kertas manila putih ...
No comments:
Post a Comment