Pages

Wednesday, September 07, 2011

Melipat Duit Kertas Untuk Hiasan Bunga Dada ..

Aktiviti hari ini .. melipat duit untuk dijadikan hiasan pada bunga dada yang akan diberikan kepada kendarat-kendarat yang bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan adik aku, teh pada bulan 10 nanti ...
Bunga dada yang telah siap di lekatkan dengan duit yang telah dibentuk seperti kipas .. dilekatkan pada tuala kecik yang telah siap digulung pulak .. ini adalah pemberian tuan rumah kepada semua kendarat yang menolong menyediakan semua keperluan kenduri kahwin itu nanti .. bunga dada tu akan dilekatkan pada tudung atau baju si kendarat ... manakala tuala kecik itu digunakan untuk mengelap tangan atau mengelap peluh si kendarat itu ..

Bunga dada ni, adik aku, teh beli kat Nilai 3 .. kat gedung barangan perkahwinan ... tema kala hijau ... bentuknya bulat .. haha .. susah betul nak cari bentuk yang sesuai untuk gubah duit tu .. sebab dia bulat .. masa adik aku, tam ari tu senang jek .. sebab bunga dadanya  bentuk rama-rama .. jadi aku wat bentuk memanjang jek .. pikir punya pikir .. maka terhasil la bentuk rama-rama kipas ni .. boleh la .. lawa jugak bila dah diketip kat bunga dada ni .. hehe .. perasan la pulak ..


Jadi, hari ini kena lipat duit kertas itu sampai habis .. siap melipat kena lekat kat bunga dada pulak .. lepas tu, kena pinkan kat tuala kecik yang telah di gulung ... ok .. nak mula melipat dah ni .. hehe .. 

No comments:

Post a Comment