Gerai Bakso kat bandar Kota Tinggi ..
Bakso ni terdiri daripada mee hoon dan mee segera yang diletakkan dalam mangkuk yang di genangi kuah sup dan diletakkan beberapa ketul bebola daging .. dimakan bersama sambal kicap yang pedas .. itulah yang dipanggil Bakso .. Bakso ini asalnya makanan dari Indonesia .. diperkenalkan di Malaysia ni oleh orang-orang Indonesia la yang datang bekeja di sini .. Bakso ini ada berbagai-bagai versi .. kalau kat tempat aku ni .. kandungan dalam bakso ni hanya mee hoon sahaja dan dicampur dengan lemak lembu yang dibuat sup .. ada setengah tempat mee nya dicampur .. contohnya mee hoon dicampur dengan mee segera atau mee kuning .. atau mee kuning sahaja .. terpulang bagaimana cara penyediaan sesebuah kedai makan tu la ..
Sebenarnya aku tak berapa gemar makan bakso ni .. hehe .. sebab tu diaorang jek yang makan Bakso .. aku order mee goreng basah .. tapi malangnya mee goreng basah yang aku order tak basah pun .. lembab sikit jek .. tak kisah la tu .. makan jek .. sedap jugak .. walaupun tak leh tanding mee goreng basah Yanto .. haha ..
Teh ngan Aisy berposing dulu sementara menunggu Bakso tiba .. huhu
Tam menikmati Bakso dengan khusyuknya ..
No comments:
Post a Comment