Udang Goreng Keemasan / Golden Prawn
Bahan-bahannya :
1/2 kilo udang sederhana besar - dibersihkan dan dibuang kulit (tinggalkan kulit bahagian ekor sahaja)
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji lada kecik - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu kecik sos tiram
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
Cara membuatnya :
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan lada kecik
Tumis sehingga bawang nampak layu
Masukkan udang dan kacau-kacaukan ia
Bila air dari udang mulai mengering, masukkan sos tiram, ajinomoto dan garam
Kacau sebati dan tutup api
Sedia untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment