Pages

Tuesday, August 09, 2011

Resepi Ayam Panggang Berempah

Isnin (8/8/2011)

Hari ni nak masak nasi ayam ... resepi nasi ayam dah buat dulu .. klik sini untuk resepi nasi ayam ... tapi cam bosan nak makan ayam goreng untuk lauk nasi ayam tu .. jadi, aku cuba wat kelainan .. makan nasi ayam dengan ayam panggang berempah .. aku jumpa resepi ayam panggang ni kat internet .. aku paste kat sini resepinya ... terbukti memang lebih sedap nasi ayam bersama ayam panggang berempah ni .. cuba lah ye ..

Ayam Panggang Berempah
Bahan-bahan :
Ayam - dibersihkan dan dibelah 4

Bahan Untuk Perap Ayam (dikisar) :
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sos lada hitam (kalau tak ada - bancuh sos tiram, kicap pekat dan lada hitam yang telah ditumbuk)
Madu
Kiub ayam Knorr
Gula
Herba campuran (ketumbar, jintan manis, jintan putih - dikisar halus)
Garam halus
Air masak (Untuk mengisar bahan diatas)
Mentega

Cara membuat :
Kisarkan semua bahan di atas kecuali mentega
Lumurkan bahan tadi pada ayam
Perap selama 2 jam atau semalaman
Sapu sedikit mentega pada ayam sebelum dibakar
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak
Semasa proses membakar ayam, 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak yang telah dicampurkan dengan herba campuran tadi (ini supaya ayam tidak terlalu kering)
Boleh dimakan dengan nasi putih atau bersama nasi ayam atau boleh jugak dimakan bersama kentang goreng, coslew dan kentang putar.

No comments:

Post a Comment