Aku wat sikit jek jemput-jemput bawang ni ... tepung gandum tak berapa nak mengizinkan nak buat banyak-banyak ... hehe ... alasan ...
Cam mana nak buat jemput-jemput bawang berlada ni??? ... senang jek ... memula ... letak tepung gandum dalam mangkuk ... pastu masukkan garam halus .. dan gaul rata ... pastu masukkan bawang merah yang dihiris halus dan lada kecik yang dihiris nipis ... gaul dalam tepung gandum tadi ... lepas itu, pecahkan sebijik telur dalam tepung gandum tadi .. gaul rata ... pastu baru masukkan air masak sejuk ke dalam tepung gandum tadi ... kacau sehingga adunan menjadi likat ... bancuhan tepungnya jangan terlalu cari dan jangan terlalu pekat ... sedang-sedang jek pekatnya ... pastu, panaskan minyak dalam kuali ... bila minyak dah panas ... kaupkan bancuhan jemput-jemput tadi menggunakan sudu makan ke dalam kuali itu .. bila dah nampak kekuningan .. bolehlah diangkat .. makan le bersama sambal tumis ke .. sos cili pun boleh jugak ... ikut suka la kan ...
Cara buat sambal tumis bilis pulak ... blend lada kering, halia, bawang merah ngan bawang putih ... pastu, goreng ikan bilis dan ketepikan ... tumis bahan-bahan yang diblend tadi hingga garing ... dah garing, masukkan gula, garam dan ajinomoto ... kalau suka boleh letak belacan sikit ... letak air asam sedikit ... akhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi ke dalam sambal ... sebenarnya, terpulang samada nak goreng atau pun tidak ikan bilisnya .. aku tak suka kalau tak digoreng ikan bilisnya .. sebab nanti ikan bilisnya liat .. tak garing ... dah pun siap ...
No comments:
Post a Comment