Thursday, June 09, 2011

Cerekarama 'Terlerai Takbir Kasih'

Terlerai takbir kasih mengisahkan tentang penderitaan seorang isteri yang ditinggalkan suami kerana berkahwin lain. Aisyah ditinggalkan tanpa sebarang nafkah walaupun dia sedang sarat mengandung. Aisyah terpaksa mengerah tenaga yang ada padanya untuk menyara kehidupan anak-anaknya mentelah bulan ramadahan hampir tiba. Mujurlah kawan baiknya, Imah sentiasa membantunya. Dia menyarankan Aisyah menceburi bidang jualan langsung. Dan Aisyah berjaya mendapatkan pendapatan yang agak lumayan sehingga mampu membeli sebuah kereta.

Suaminya, Faizal langsung tidak balik ke rumah setelah rahsia perkahwinannya dengan Nisa terbongkar. Dia menyalahkan Aisyah kerana tidak pandai menjaga diri sendiri setelah 10 tahun berkahwin. Faizal membandingkan Aisyah dengan Nisa yang dirasakannya bagai langit dengan bumi. Aisyah kecewa dengan suaminya. Dia tidak percaya begitu sekali pandangan suaminya terhadapnya yang banyak berkorban demi kebahagian mereka sekeluarga.

Imah berasa simpati dengan keadaan Aisyah. Hanya Imah tempat Aisyah meluahkan perasaannya. Imah yang tidak tahan melihat penderitaan Aisyah, telah pergi berjumpa Faizal. Dia memarahi perbuatan Faizal yang dirasakan kejam terhadap Aisyah. Faizal menuduh dia menjaga tepi kain orang. Faizal menyatakan dia tahu tanggungjawab dia dan menuduh Imah menaruh hati padanya.

Seakan tahu ada perkara buruk akan menimpa dirinya, Aisyah meminta Imah berjanji akan menjaga anak yang dikandungnya sekiranya berlaku apa-apa pada dirinya. Imah menenangkan Aisyah dengan menyatakan tiada apa-apa yang akan berlaku pada dirinya. Tetapi Aisyah terus mendesak Imah berjanji padanya. Akhirnya Imah akur dengan permintaan Aisyah.

Suatu hari, Aisyah memberitahu anak-anaknya dia mahu pergi ke bank. Dia meminta anaknya, along menjaga adik-adiknya sepeninggalannya. Sebelum pergi dia memeluk kesemua anak-anaknya. Pada along dipesan agar menjaga adiknya dengan baik.

Selesai urusan di bank, Aisyah menuju ke keretanya untuk pulang ke rumah, dia terkejut bila mendapati ada seorang lelaki terbaring di sisi keretanya. Dia bergegas mencari pertolongan. Datang seorang lelaki bermotosikal mengahmpirinya. Aisyah meminta lelaki itu menolongnya. Tiba-tiba lelaki yang terbaring tadi merampas beg yang disandang oleh Aisyah dan menolaknya hingga terjatuh. Lelaki itu melarikan diri bersama lelaki bermotosikal tadi. Aisyah yang terjatuh telah cedera di kepalanya yang mengakibatkan dirinya koma.

Pihak hospital menghubungi Faizal memberitahu akan kejadian yang menimpa Aisyah, namun Faizal buat tak endah. Dia merasakan keadaan Aisyah tidak lah seteruk mana. Lagi pulak setelah di racuni fikirannya dengan kata-kata Nisa yang sememangnya tidak mahu Faizal meninggalkan sendirian di rumah.

Imah pergi ke rumah Faizal untuk memberitahu keadaan Aisyah yang sedang bertarung nyawa di hospital. Dia meminta Faizal melihat keadaan Aisyah. Dia tidak mahu Faizal menyesal seumur hidup sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Faizal mula menyesali akan perbuatannya terhadap Aisyah. Dia bergegas ke hospital melihat Aisyah. Bagai tak percaya apabila melihat Aisyah terbaring kaku di kerumuni wayar yang berselirat. Dia menangis di sisi Aisyah meminta agar Aisyah membuka mata.

Faizal pulang ke rumah. Di lihatnya anak-anaknya sedang menunggu kepulangan Aisyah. Dia memberitahu anak-anaknya yang Aisyah kemalangan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital. Anaknya, along ingin melihat keadaan Aisyah, tetapi dihalang oleh Faizal. Dia memberitahu belum masanya untuk melihat ibu mereka.

Faizal meminta pertolongan dari ibunya. Ibunya yang sememangnya tidak merestui perkahwinan mereka telah menolak permintaan Faizal dengan mengatakan selama ini Faizal sekeluarga tidak pernah menghiraukan dirinya. Faizal tidak pernah membawa anak-anaknya berjumpa dengannya. Faizal hanya ingatkan dirinya apabila berada di dalam kesusahan sahaja.

Faizal tidak ada cara lain kecuali meminta pertolongan dari Nisa. Nisa yang pada mulanya tidak bersetuju dengan permintaan Faizal terpaksa akur dengan keadaan itu walau dalam hatinya memberontak. Dia memaksa anak-anak Faizal membasuh pakaiannya dan mengemas rumah. Bila tiba masa berbuka puasa, Nisa hanya masak untuk dirinya sahaja. Dia tidak memperdulikan anak-anak Faizal. Padanya, anak-anak Faizal tiada kena mengena dengan dirinya. Faizal berasa marah dengan keadaan itu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Dia tidak mahu berterusan bertengkar dengan Nisa tentang masalah itu.

Ketika mereka mahu bersahur, Nisa memarahi anak Faizal kerana menarik gelas yang sedang dituang airnya. Dia telah menampar-nampar pipi anak Faizal didepannya. Nisa tidak menghentikan perbuatannya walaupun dimarahi oleh Faizal. Kerana tidak tahan dengan perbuatan Nisa itu, Faizal melafazkan talak pada Nisa.

Bila Faizal tersedar dari amarahnya, dia memohon maaf kepada Nisa. Tetapi Nisa sudah tidak mahu menerima dirinya lagik. Lalu Faizal membawa anak-anaknya pulang ke rumah mereka.

Di hari raya, Faizal membawa anak-anaknya berjumpa dengan Aisyah yang masih koma. Imah memberitahu Faizal, masanya telah tiba untuk dia melepaskan Aisyah pergi. Terlalu banyak penderitaan yang ditanggung Aisyah. Faizal akur dengan kata-kata Imah. Dia meminta Aisyah memaafkan segala dosa-dosanya pada Aisyah. Dan dia redha sekiranya Aisyah pergi meninggalkan mereka. Dia berjanji akan menjaga anak-anak mereka dengan baik. Selesai sahaja Faizal berkata-kata, Aisyah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Faizal redha dalam tangisan.

Para Pelakon :
Que Haidar sebagai Faizal
Noor Khiriah sebagai Aisyah
Irma Hasmie sebagai Imah
Nisdawati sebagai Nisa

* First time tengok cite ni masa bulan raya .. dah lama dah .. dekat 2 tahun lepas .. huhu ... pastu banyak le ulangannya .. tiap kali tengok mesti nangis .. hehe .. ceday .. sian kat Aisyah .. geram aku tengok si faizal tu ... sanggup dia bandingkan bini dia dengan perempuan lain .. pastu dia tinggalkan cam tu jek .. dah le Aisyah tu tengah sarat mengandung .. nasib baik ada si Imah tu tolong ... yang diperagut tu pun bukan kira orang mengandung ker apa ker ... tak de perikemanusiaan langsung ... geram betul ... yang si Faizal tu .. bila tengok Aisyah dah koma baru nak menyesal .. penyesalan yang terlewat ... huhu .. best .. kena tengok sendiri .. baru rasa feel sedih nya ... hehe ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...