Pages

Wednesday, June 15, 2011

Awan Nano - Hafiz AF7



Awan Nano - Hafiz AF7
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan

Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
uuuu ...ooooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan
Awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
uuuooooo

* Apa makna awan nano tu  ek ... hasil dari pencarian aku mengenai awan nano ni .. maksudnya .. awan yang memutih di langit, tak ramai yang tidak menghargai kewujudannya .. hadirnya sekecil zarah nano yang halus ... bila cuaca panas terik baru lah kita tercari-cari keredupan di sebalik awan ... begitulah kehidupan manusia nih .. bila ada tidak dihargai .. bila dah tiada baru rasa kehilangannya .... tapi awan nano ni tak ada kaitan langsung dengan gula-gula nano tu yek ... hehe ...

No comments:

Post a Comment