Pages

Wednesday, March 30, 2011

Reben Hiasan Untuk Cenderahati Sabun Butterfly

Cenderahati Sabun Butterfly tema warna coklat

Hari ni dah start nak buat cenderahati untuk majlis perkahwinan Salwa dari Kuching, Sarawak. Memula buat reben hiasan  ler dulu .. dah siap cantum reben hiasan tu baru lekat kat sabun yang telah di bungkus dengan kain net kerawang .. tema yang di minta ialah warna hijau. So, semua hijau ler kan .. dari reben, manik, kain net cuma bunga jek aku letak warna krim. Biar kontra sikit .. tapi hijau nya tak sama ler .. contoh cam reben warna hijau terang, kain net hijau cair ..

Jadi, aktiviti hari ini ialah potong reben ikut ukuran sabun butterfly tu ler .. jangan pendek dari sabun dan jangan panjang sangat dari sabun ... biar dia sama rata dengan bentuk sabun tu .. Dah siap potong kena ler ikat .. ikat dengan dawai halus .. size 30 ... lembut untuk dibentuk ...
Lepas siap memotong dan mengikat reben tu nanti, aku kena potong manik bola berantai ni pulak .. lepas dah siap potong, kena lekatkan manik kecik warna hijau kat hujung manik bola ni .. lekatkan guna hot glue ler .. kena hati-hati supaya tak nampak selekeh .. huhu ..
 Begini ler rupa paras manik bola berantai yang dah siap dilekatkan manik kecik di hujungnya .. nak buat ni memerlukan kesabaran yang tinggi dan juga minat .. mana tak nyer kan .. kena duduk mengadap dia jek .. tak leh buat keja lain ... sebab kalau dah berenti buat, nak nyambung balik tu rasa cam malas jek .. haha ..
Kemudian, letak hot glue kat reben yang diikat tadi .. kat tengah-tengah .. pastu letak manik bola berantai kat tempat yang ada hot glue tu ... pastikan manik bola berantai tu terjuntai jatuh pada bahagian yang bermanik kecik tu ..
Letakkan hot glue lagik kat atas manik bola berantai tadi, bahagian tengahnya, pastu lekatkan bunga besar kat situ .. Haa .. dah siap pun reben hiasan untuk cenderahati sabun butterfly aku .. huhu ..

No comments:

Post a Comment