Pages

Thursday, March 03, 2011

Kemusnahan!!! Salah Siapa .. huhu

Hari itu abah, mak ngan aku gi Kota. Beli barang. Balik saja dari Kota, terbeliak mata mak tengok berlonggok-longgok tanah depan umah. Ada 3 longgok. Banyak pulak tu .. dan yang lebih menyedihkan ianya di longgok pada pokok bunga mak yang sedang tumbuh dengan sihatnyer .. sian mak .. banyak sudah yang dikorbankan untuk pokok bunga nyer itu .. tenaga .. wang ringgit ... hmm tapi nak wat cam mana, benda dah jadi ..


Mengikut ceritanyer, abah beli tanah untuk menambak tanah belakang umah. Nak bagi sama tinggi, senang orang nak rewang nanti. Tak ler turun naik bukit .. sebab tanah kat belakang tu .. rendah dari depan .. jadi cam kena nurun bukit ler .. bukan apa ...  nanti kalau orang bawak barang, tak perasan tanah tu tak sama tinggi .. tergolek ler pulak .. sian orang .. dah ler dah tergolong dalam golongan warga emas gak semua orang tempat mak aku ni ... termasuk le mak ngan abah aku ni .. dah 60 tahun ke atas dah .. huhu

Jadi, semasa proses penghantaran tanah tu dilakukan .. tak ada orang kat umah abah ni .. jadi orang yang hantar tanah ni .. longgok jek le mana-mana yang dirasakan boleh .. huhu .. bukan kira kena pokok orang ke apa ker .. hampeh tul .. tak de perasaan punya orang .. dah ler tengah nak Pertandingan Keceriaan Kampung ... mini landskap mak kat tepi jalan tu .. musnah sama sekali .. kena tanam balik ler nampaknya .. sian mak .. tak pe mak .. nanti aku tolong mak buat eaaa .. huhu

No comments:

Post a Comment